SATU demi satu kepincangan dan kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus bekalan air bersih di Selangor terbongkar hingga membawa kepada krisis air yang semakin meruncing dewasa ini.
Di sebalik laungan pemberian air percuma yang kononnya dinikmati seluruh rakyat Selangor, Barisan Nasional (BN) Selangor mendapat maklumat kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa membuat pinjaman hingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberi air percuma.
Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, menegaskan pada masa sama, bukan semua penduduk Selangor mendapat nikmat air percuma yang dijanjikan, sekaligus membuktikan kerajaan negeri sebenarnya tersepit dengan janji-janji mereka sebelum ini.
Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma dan bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang tersebut?
Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang?
Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang, katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.
Baca seterusnya di Perak Today...
House PK: Kantoi lu Khalid Gagap, semua pembohongan lu terhadap rakyat Selandgor dah terbongkar sekarang ni. Ini baru isu air, belum lagi isu sampah! PBT bawah korang ni macam dah mati dah Khalid.
Rosak negeri Selangor yang begitu Indah dulu. Wahai Rakyat Selangor, nak tunggu apa lagi? Nak tunggu sampai Selangor jadi tempat longgok! an sampa h ke?
No comments:
Post a Comment