February 18, 2013
Suaris Interview: The Future of Malays Part 4: The strange in Malay (below) appeared in suaris.wordpress.com upon Feb 6, 2013 Wawancara Dengan Dr Bakri Musa: Masa Depan Bangsa Melayu (Bab 4)
Suaris: Orang Melayu dikatakan berada di persimpangan. Dalam politik, pilihanraya umum ke thirteen akan datang dianggap satu persimpangan yang runcing di mana orang Melayu dikehendaki memilih antara liberalism dan feudalism. Sejauh mana Dr bersetuju dengan perkara tersebut?
Dr Bakri: Saya setuju bangsa Melayu sekarang berada di simpangan yang runcing. Pilihan kita ialah antara meneruskan jalan yang sedia ada dan akan terus mengsangkarkan (memenjarakan) minda kita, atau membelok kuat dan berpisah ke arah yang membebaskan minda kita. Sedia ingat bahawa biasanya jalan yang sibuk diikuti ramai ialah jalan ke loji sampah.
Saya kurang setuju dengan anggapan saudara bahawa PRU thirteen ialah pilihan antara "liberalism" dan "feudalism," menurut fahaman saya atas makna kedua-dua istilah itu dalam bahasa asalnya (Inggeris). Ternyata PRU13 ialah pilihan antara satu pihak yang sudah moyok, tua dan kebangsatan modal dengan satu lagi yang cekap, muda dan bertunas baru.
Untuk berpisah sebentar, "liberalism" pada saya ialah satu aliran fikiran yang menganggap setiap hamba Allah itu berhak (dibagi olehNya) kepada beberapa kebebasan, antaranya bebas berfikir, beragama (atau tidak), memilih pemimpin, mempunyai harta benda, dan menujui ketenteraman diri sendiri.
Sebaliknya, "feudalism" ialah bentuk masyarakat Eropah semasa Zaman Kegelapan dahulu di mana manusia itu adalah Tuan atau Ha! mba. Tan ah, harta benda dan orang hamba semuanya dipunyai oleh kaum Tuan. Tuan yang pale tinggi darjatnya ialah raja dan sultan. Taraf atau tempat seseorang dalam masyarakat ditentukan semasa lahir, menurut keturunan, dan tidak bertukar selama hidup. Maknanya, jika dilahirkan hamba ia akan terus menjadi hamba seumur hidup.
Terang-terang dari segi nilai dan taraf seseorang manusia, "liberalism" lebih dekat kepada Islam daripada "feudalism."
Betul, masyarakat Melayu sekarang masih banyak lagi mengutamakan dan mengusahakan unsur-unsur "feudal". Tetapi sekarang kita berhak dan boleh memilih pemimpin kita melalui pilihan raya. Sungguhpun kita tidak boleh memilih sultan tetapi kita tidak sifatkan diri kita hamba kepada mereka walaupun kita masih lagi mengunakan istilah "patek" (yang bermakna hamba). Itu hanya kebiasaan. Sultan tidak boleh menganggap anak dara kita sebagai hartanya. Kita juga berhak jika mampu mempunyai rumah dan kereta lebih mewah lagi daripada kepunyaan sultan.
Kembali ke PRU13, sebelum kita membuat sesuatu keputusan seperti pihak mana yang patut kita undi, ada baiknya jika dibuat kajian hilir saluran (downstream analysis). Hanya tiga keputusan yang boleh berlaku. Pertama, Barisan Nasional menang; kedua, Pakatan menang; dan ketiga, tidak satu puak menang dengan jelas. Maknanya, lima atau enam ahli parlimen dibeli dan timbang kuasa bertukar, ala Perak 2008.
Kalau Barisan menang, itu bermakna rakyat menyokong perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang telah dan sedang berlaku yang tidak terkawal lagi. Kita tidak ambil kisah bahkan kita hadiahkan mereka yang mengakibatkan kejahanaman MAS, Perwaja, dan Bank Bumiputra, antara lainnya. Kerabat menteri boleh lagi bertambah tamak. Cara pendidikan kita yang sekarang merosot akan terus merosot. Professor- professor kita akan terus dipilih atas kepintaran mereka membodek dan bukan melalui mutu kajian ilmiah mereka. Najib akan terus memimpin seperti apa yang dibuatnya dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini banyak ikrar, melimp! ah "acro nym," dan tidak terhingga unggapan seperti pemimpin dalam cerpen Shahnon Ahmad, Unggapan.
Najib berikrar, mengikut istilah pilihannya, "mentransformasikan" pentadbirannya. Bagaimana hendak membuat begitu bila semua menterinya akan dicalonkan lagi? Bila mereka menang takkan mereka berhenti jadi menteri. Apa "transformasinya" yang dimaksudkan? Hishamuddin jadi Menteri Wanita?
Pemimpin Barisan menakutkan rakyat dengan mengatakan kestabilan negara tergantung atas mereka menang. Sebaliknya, jika Barisan menang tetapi tidak melebihi keputusan PRU12 pada 2008, (tiada kemungkinan mereka menang begitu) pimpinan mereka (dengan itu negara kita) akan digoncang dengan rebutan kuasa di paras atas yang lebih hodoh lagi daripada pertikaian Abdullah/Najib dahulu. Bahkan, pertingkahan baru Najib/Muhyiddin akan lebih buruk lagi daripada Mahathir/KuLi dahulu. Pentadbiran negeri akan terus lalai sebab orang atasan sibuk memilih puak mana yang mereka patut sokong. Tengok sahajalah sekarang. Mahathir sudah mula mengasah pisau Pak Lahnya yang lama untuk digunakannya atas Najib selepas PRU13.
Di dalam kekalahan, Pakatan akan terpaksa memeriksa diri mereka. Mungkin pemimpin mereka akan berikrar untuk mara ke hadapan dengan memberatkan perkara yang bermakna kepada rakyat dan boleh mereka setujui, seperti menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa, menegakkan keadilan, dan meninggikan taraf pendidikan, serta menjauhi perkara-perkara yang tidak bermakna seperti Negara Islam dan siapa yang berhak menggunakan istilah Allah. Perbincangan seumpama itu membazir dan hanya membelah-belahkan kaum.
Keputusan kedua ialah Pakatan menang. Itu tidak bermakna segala masalah negara akan hapus. Jauh sekali! Pertama, pemimpin Pakatan seperti manusia lain akan mensifatkan kemenangan mereka sebagai durian runtuh. Lebih banyak pertalian sekeluarga semasa durian runtuh! Pemimpin Pakatan akan sibuk merebut kuasa terutama siapa yang akan bakal jadi Timbalan Perdana Menteri (khasnya Melayu atau bukan) dan menteri-menteri terte! ntu sepe rti pendidikan, kewangan, dalam negeri, dll. Itu semuanya boleh disangkai.
Kebijakan pemimipin Pakatan ialah sama ada mereka boleh mengatasi masalah pertama itu. Kalau mereka berperangai budak kecik di Hari Raya dan sibuk merebut duit raya dan ang pow, keruhlah masa depan mereka dan juga negara. Tetapi kalau mereka sifatkan kemenangan PRU13 bukan sebagai Hari Raya tetapi permulaan puasa, maknanya, musim cubaan, bertekun, beramanah, bersabar serta menahan nafsu, itu akan menjaminkan kecerahan masa depan mereka dan juga negara.
Apa akibatnya kepada UMNO di dalam kekalahan? Ahli-ahli yang masuk parti bukan untuk membela negara dan bangsa tetapi kerana tamak akan cabut lari keluar. Saluran candu mereka sudah terputus. Pisau tajam Mahathir akan cepat keluar untuk digunakan ke atas Najib. Puak 2M baru (Mahathir-Muhyiddin) akan terang-terang bertentangan dengan puak Najib. Sementara itu penyokong Abdullah Badawi yang lama pula akan sibuk melepaskan dendam ke atas kedua-dua pihak.
Sungguh joke buruk dan memberi malu kepada bangsa kita, kejadian demikian akan mengakibatkan baik kepada UMNO pada masa panjang. UMNO akan bermula pulih, balik ke asalnya. Ahli-ahlinya akan terhad kepada mereka yang betul-betul berahi dan cinta pada perjuangan parti dan bangsa. UMNO mungkin kembali menjadi kecintaan bangsa dan bukan seperti sekarang, dihina sebab ia sudah menjadi nadi rasuah dan salahguna kuasa.
Ada dua lagi akibat yang penting dan lebih bermakna jika UMNO tumbang. Pertama, terdedahnya rasuah Khir Toyo, bekas Mentri Besar Selangor, ialah akibat kemenangan Pakatan di sana. Jika UMNO menang dalam PRU12, 2008, sudah tentunya Toyo akan terus menjadi MB dan perangai rasuah dan tamaknya akan berterusan melimpah. Oleh sebab Pakatan menang, Toyo sekarang menunggu penjara. Ramai lagi Khir Toyo di peringkat pusat. Kebusukan mereka hanya boleh terbongkar jika Pakatan menang. Kalau UMNO menang mereka akan terus membisa dan membinasakan negara.
Kepentingan kedua ialah kepada ahli-ahli perjawa! tan teta p (permanent establishment) saperti kakitangan kerajaan, ketua GLC, sultan-sultan dan professor-professor. Mereka akan sedar bahawa kerjaya mereka tidak boleh lagi tergantung atas membodek Barisan. Mereka akan terpaksa memeriksa diri sendiri dan berusaha supaya tidak lagi berterusan politik. Cara mara ke hadapan dalam perjawatan mereka ialah melalui ketekunan, kesetiaan, dan professionalism tanpa membodek dan politik haluan seperti apa yang berlaku sekarang. Itu akan membaiki pentadbiran dan pemerintahan negara.
Ramai yang meramalkan jika UMNO kalah itu akan mengakibatkan rusuhan seperti Mei 13, 1969. Saya tidak setuju langsung dengan pendapat itu. Pada tahun 1969 peralihan kuasa di Selangor ialah daripada Melayu (UMNO) ke Cina (DAP). Jika UMNO kalah sekarang, kuasa politik masih diterajui Melayu, hanya Melayu bukan UMNO. Kedua, masyarakat Malaysia sekarang lebih bijak dan matang. Kaum Cina misalnya tidak payah lagi berarak dengan naga besar mereka sebab tengok sahaja di Kuala Lumpur, kuasa mereka jelas. Juga sekarang, kalau Melayu megamuk dan membakar banglo- banglo mewah, mungkin itu semuanya kepunyaan Khir Toyo dan Abdullah Badawi!
Perbezaan yang pale penting ialah ini. Pada 1969, UMNO masih lagi Melayu dan Melayu, UMNO. Sekarang keadaan sudah jauh daripada itu. Lihat apa yang terlangsung semasa KL112 yang lalu.
Suara nyaring pelampau seperti Brahim Katak senang sahaja didiamkan. Beri saja mereka satu dua pengarah perusahaan (company directorship) dan tiket kapal terbang ke Macau, senyaplah mereka. Atau bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan akibatnya sama juga. Saya berasa geli hati melihat pemimpin-pemimpin Melayu yang ghairah seperti Mahathir dan cerdik pandai kita seperti Ramlah Adam (Profesor Datuk) mengagungkan dan mempercayakan masa depan bangsa kita kepada pemimpin bertaraf Brahim Katak.
Untuk rakyat Malaysia, akibat yang pale besar menurut kekalahan Barisan ialah ini. Untuk pertama kalinya negara kita sungguh benar-benar menikmati makna penuh erti ! pilihan raya, yakni, kita boleh menukar pemimpin dan kerajaan dengan hanya menaruk huruf "X" dalam kotak tertentu di kertas undi. Ini akan membebaskan kita. Tidak payah lagi kita berdemo atau berusuhan. Kekalahan Barisan akan menunjukkan kepada rakyat serta pemimpin maknanya sifat "checks dan balances" di dalam demokrasi.
Akibat ketiga ialah di mana tiada pihak yang menang dengan jelas. Kita dapat sekelip gambaran itu selepas PRU 2008 di Perak. Tidak cantik! Semua pihak, ahli politik dari Barisan ke Pakatan, serta ahli perjawatan tetap dari kakitangan kerajaan ke Sultan berperangai yang tidak cemerlang, bahkan mereka betul-betul memalukan bangsa dan negara.
Kita boleh sangkakan perkara seumpama itu tetapi lebih buruk dan memalukan lagi akan berlaku di Putrajaya. Walau seburuk mana joke ada juga baiknya. Pertama, kita akan menengok dengan terang tingkah laku ahli-ahli politik kita. Mereka akan menjual diri mereka dengan terang-terangan dan lebih terbuka daripada pelacur-pelacur di Jalan Chow Kit. Perempuan-perempuan Chow Kit ada lagi maruah sedikit; mereka tidak buat terang-terangan menjual diri; mereka menunggu gelap.
Kelakuan sanggang ahli-ahli politik akan membencikan kita kepada mereka, menyebabkan rakyat yang beramanah dan berkebolehan menyondorkan diri mereka ke arah politik. Itu adalah akibat yang baik! Akhirnya rakyat dengan jelasnya akan memahami bahawa undi kita serta pilihan raya ada makna dan akibatnya. Mungkin pada masa depan kita akan mengundi dengan lebih teliti! Itu akibat yang tidak terharga.
Kesimpulan saya, keputusan PRU13 yang pale baik ialah jika Pakatan menang dengan jelas. Seperti saya terangkan di atas, ada juga baiknya jika tiada satu pihak dapat menang dengan jelas. Itu bermakna Pakatan menang, hanya kemenangan yang kurang indah atau cemerlang. Keputusan yang pale buruk untuk bangsa dan negara ialah jika Barisan dikembalikan.
http:/ /suaris.wordpress.com/2013/02/06/pemimpin-pakatan-berebut-kuasa-selepas-menang-pru13-dr-bakri/
Read More @ Source More
Barisan Nasional (BN) |
Pakatan Rakyat (PR) |
Sociopolitics Plus |