PANAS BERAPI! SHAHRIZAT SAMAN RAFIZI DAN ZURAIDA DI MAHKAMAH TINGGI KL!

Saya tidak tahu mengenai bidaan projek tersebut

Demikian kenyataan, Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Mahkamah Tinggi, siang tadi.
Menurut Shahrizat, sebelum tahun 2007, beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu.

Malah katanya, jawatan Wan Shahinur Izran Mohd Salleh, 28, yang telah menjadi pengarah syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sejak Disember 2006 juga diluar pengetahuan beliau.

Shahrizat menambah, penglibatan anaknya dalam projek itu hanya diketahui setelah suami beliau, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Ismail memaklumkan bahawa mahu anak-anak mereka pulang ke tanah air dari luar negara untuk membantu menguruskan projek tersebut.

Saya hanya tahu pada sekitar 2007 selepas suami saya menyatakan hasrat mahu anak-anak pulang ke tanah air untuk membantunya dalam projek ini.

Sebelum itu saya langsung tidak tahu menahu akan penglibatan anak saya dalam projek NFC.

Ia berlaku selepas beliau (Mohd Salleh) telahpun memperoleh projek itu, katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ranjit Singh dalam prosiding kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli.

Shahrizat yang hadir ke mahkamah dengan pakaian serba hitam dilihat begitu tenang dalam berhadapan dengan prosiding kes sam! an terba bit.

Turut dilihat beberapa penyokong Ketua Wanita Umno itu hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan moral terhadap pemimpin tersebut.

Terdahulu, Shahrizat memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta ke atas Zuraida dan Rafizi berhubung skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Shahrizat dalam saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi memfitnah dan memburuk-buruk beliau.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang dikatakan telah melakukan serangan fitnah dalam artikel yang bertajuk Isu NFC akan tumbangkan BN-Wanita Keadilan dan NFC dapat kontrak kerana Shahrizat Menteri Umno-Zuraida.

Manakala Rafizi pula, didakwa banyak mengeluarkan kenyataan akhbar kepada pihak media dan artikel yang berunsur fitnah dengan jelas dan tersirat di laman web www.rafiziramli.com dan www.keadilandaily.com .

Kedua-dua defenden ini dikatakan secara konsisten melancarkan satu kempen untuk menyerang dan memfitnah Shahrizat sejak November 2009 selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno, menteri dan beliau sendiri sebagai seorang individu.

Petikan dari Perak Today - The Portal

No comments: