Lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd dan kontraktor hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di pintu masuk Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi menuntut pembayaran gaji mereka yang telah tertangguh sejak fifteen bulan lalu.
Pehimpunan aman yang turut disertai Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) diadakan setelah berang dengan tindakan pihak pengurusan Unisel atau lebih tepat kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertindak kejam dengan tidak membayar gaji pekerja.
Pengerusi GPRS, Datuk Shohaimi Shahadan ketika hadir ke perhimpunan itu memberitahu kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sir Abdul Khalid Ibrahim sememangnya telah bersikap kejam ke atas pekerja terbabit apatah lagi menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.
Kita terpanggil untuk bersama-sama pekerja JNSB yang mana terbukti benar bahawa Unisel mempunyai krisis kewangan dan gagal membayar gaji serta duit kontrak kepada JNSB.
Kerajaan negeri sepatutnya ambil tahu tentang hal ini apatah lagi yang dituntut itu adalah hak pekerja-pekerja disini.
Tindakan Khalid serta kempimpinan yang tidak membayar gaji pekerja menunjukkan bahawa mereka ini sememangnya kejam dan sanggup membiarkan pekerja menyambut ketibaan 1 Syawal dalam keadaan ketiadaan wang, katanya ketika ditemui di Perhimpunan Aman terbabit.
Read more...
No comments:
Post a Comment