AISKRIM GAGAP! SEMAKIN KUAT DESAS-DESUS MENGATAKAN SELANGOR AKAN ADAKAN PILIHANRAYA SECARA BERASINGAN!

1. Banyak kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Pakatan Rakyat di Selangor akan melakukan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.

2. Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata tidak akan membubarkan DUN sebelum June 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri. Kenyataan ini dibuat ketika terdapat ura-ura Parlimen akan dibubarkan pada Mac 2011. Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada June 2012 dan seterusnya.

3. Namun nyata sekali kata-kata tersebut hanya untuk mengubah hakikat sebenar bahawa Pakatan di Selangor sememangnya merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan. Ini terbukti apabila terdapat ura-ura pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan June atau Sepetember 2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Persekutuan.

4. Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik penting diri" Pakatan. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisa kelemahan dan kekuatan menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor.

Read more...

No comments: