Umno sudah kecut perut dengan kebangkitan dan amaran rakyat maka sebab tu dia orang luluskan Himpunan Kebangkitan Rakyat di track Merdeka. Ayuh kita turun ramai-ramai bagi menunjukkan soladariti rakyat Malaysia yang mahu menumbangkan rejim Umno BN.
Namun, kita jangan leka.. Kita perlu bersiap siaga dengan segala kemungkinan terutamanya apabila menghampiri PRU13. PRU13 kali ni adalah pale kotor dalam sejarah negara. Mereka tetap mempertahankan kerajaan rejim ini bagi mengelakkan mereka semua di humban ke penjara.
Sah! Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Stadium Merdeka
KUALA LUMPUR 9 Jan: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sah diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Ia ekoran pihak pengurusan track membenarkan himpunan tersebut berlangsung di situ.
"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," tulis Tian pada twitternya sebentar tadi.
Menurut Tian, Jawatankuasa Panitia HKR kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir susulan perkembangan itu.
"Ini peristiwa bersejarah, Stadium Merdeka kembali milik rakyat!" kata Ahli Parlimen Batu itu.Read More @ Source
Dengan perkembangan tersebut, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat diadakan dalam stadium. ~kd
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment