Kisah seorang peniaga permaidani, Deepak Jaikishan mula mengambil tempat dalam diari politik tanah air beberapa hari sebelum menjelang Perhimpunan Agung Umno, November lepas.
Sehingga sekarang masyarakat masih keliru berhubung pendirian Deepak. Sekejap beliau kelihatan bersama pembangkang dan sekejap beliau kelihatan bersama kerajaan.
Untuk mengetahui kisah sebenar, pada tengah hari Selasa, penulis buat pertama kalinya menghadiri sidang media bersama Deepak di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kesempatan itu diambil untuk bertanyakan beberapa soalan yang masih lagi membelit fikiran penulis.
Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Deepak menyumbang kepada terungkainya sedikit sebanyak apa yang membelit pemikiran penulis selama ini.
Menurut Deepak kisahnya bermula dengan masalah urusan perniagaan hartanah antara beliau dengan seorang pemimpin Wanita Umno, Raja Ropiah.
Menurutnya masalah perniagaan beliau dengan Raja Ropiah yang seolah-olah tiada kesudahan hingga mendorong beliau membawa kes ke mahkamah.
Rancangannya asalnya adalah untuk bertindak mendedahkan masalah beliau dengan Raja Ropiah sehari sebelum Perhimpunan Wanita umno bermula.
Beliau telah memilih media-media pro pembangkang untuk mendedahkan permasalahannya dengan Raja Ropiah.
Masalah mula timbul apabila Deepak berdepan dengan media-media pembangkang, mereka tidak berminat untuk mengetahui permasalahan beliau dengan Raja Ropiah, sebaliknya mereka mengambil kesempatan untuk mendapatkan ulasan Deepak berhubung akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian yang dikaitkan dengan kes Altantuya Sharibu, P Balasubramaniam sebagaimana yang pernah dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin tentang penglibatan Deepak dalam akuan bersumpah! keduany a.
Untuk rekod, kes yang melibatkan akuan bersumpah Balasubramaniam timbul rentetan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas pembantu peribadinya pada 2008.
Sebaik sahaja Altantuya mati dibunuh pada 2006, pembangkang mula menuding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baca seterusnya di Perak Today...
No comments:
Post a Comment