CURI SARDIN, DIPENJARA 2 TAHUN




KOTA BHARU : Angkara enam tin sardin dan tiga paket Milo yang dicuri, seorang buruh terpaksa meringkuk di penjara selama dua tahun selepas diputuskan Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly selepas lelaki berusia twenty-nine tahun itu mengaku bersalah.
Mohd Zamri Mustafa dari Kampung Gertak Kechupu di sini mengaku mencuri dua barangan bernilai RM70 itu di sebuah kedai runcit di Jalan Pauh Lima di sini, pada jam 12 tengah hari, 20 Disember lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Lelaki terbabit memiliki rekod lampau menceroboh, dan mencuri selain pernah dihukum atas Akta Kesalahan Kecil sebelum ini.

Pada prosiding semalam, Mohd Fazaly Ali sempat mengingatkan tertuduh supaya menginsafi perbuatannya kerana dia boleh dikenakan sebatan jika masih mengulangi kesalahan itu.

Mohd Zamri yang berbaju lokap ungu itu semalam menganggukkan kepalanya tanda faham.

Dalam perkembangan sama, tertuduh mengaku tidak bersalah mencuri sebuah motosikal Honda bernilai RM2,000 milik seorang warga emas di hadapan kedai kopi, Simpang Empat Kampung Sungai, Bachok, pada jam 1 petang, 7 Disember lalu.

Susulan itu, kes ditetapkan sebutan semula pada 17 Januari depan dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayan! a Mohama d.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: