KUALA LUMPUR 10 Jan: Menjelekkan apabila Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah tetapi rakyat miskin yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian hanya diberi makan sisa roti menerusi Program Roti 1Malaysia.
Naib Ketua Wanita KEADILAN, Norsham Abu Samah berkata, isteri Perdana Menteri tidak ikhlas dan berpura-pura baik membuat amal kebajikan dengan meminta lebihan roti daripada road house mewah dikutip untuk diberi kepada golongan daif.
"Untuk bantu golongan miskin tapi beri roti lebihan amat menjengkelkan. Agaknya Rosmah tiada naluri keibuan. Memberi makan kepada orang yang memerlukan mestilah makanan berkualiti, bukannya sisa.
"Mungkin orang Umno BN rasa bangga dengan sikap Rosmah, tetapi sebenarnya tindakan beliau itu tidak patut," katanya ketika dihubungi.
Beliau mempersoal Rosmah kerana memperlekeh golongan kurang kemampuan.
"Kebajikan apa namanya jika bantuan yang disampaikan umpama tidak ada perasaan. Kalau nak tolong, biar makanannya elok. Ini buktinya Umno BN tiada belas kasihan kepada orang miskin.
"Mereka hanya tahu bolot harta negara. Lebihannya baru difikirkan untuk diberikan kepada rakyat," ujar Haniza.
Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada road house mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan memerlukan.
Rosmah semasa pelancaran program tersebut 7 Januari lalu malah merayu agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Perma! ta) di b awah naungannya.~kd
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment