KUALA LUMPUR, 9 Jan Peguam pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Latheefa Koya, membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggelarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan Sabtu ini sebagai "Himpunan Shamsidar".
Beliau berkata kenyataan tersebut adalah sebagai satu percubaan untuk mempengaruhi keputusan mahkamah yang melibatkan Anwar.
"Untuk peringatan Shamsidar tidak pernah dipanggil atau disenaraikan sebagai saksi sebarang kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim.
"Lagipun, kes tertunggak yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah kes saman beliau ke atas Utusan Malaysia atas laporan temubual BBC dan tidak melibatkan Shamsidar langsung," kata Latheefa dalam kenyataan medianya hari ini.
Semalam, Muhyiddin dalam satu kenyataan ketika beliau melawat Negeri Sembilan semalam, berkata "Himpunan Shamsidar" pada Sabtu ini disifatkan sebagai membuang masa kerana dilihat menjadi tempat untuk melindungi pemimpin tertentu.
"Perhimpunan ini bukan memperjuangkan isu nasional mahu joke kepentingan dalam parti, tetapi semata-mata soal peribadi individu tertentu. Mungkin kerana mereka ada muslihat mahu melindungi pemimpin mereka dan takut apa yang berlaku di mahkamah, sebab itulah mereka mengheret penyoko! ng dan rakyat jelata untuk berhimpun.
"Sepatutnya hal seperti ini kita serahkan kepada mahkamah. Jika mahkamah fikirkan ada keperluan individu itu di bawa ke kandang saksi untuk membuat sebarang kenyataan bagi menyokong kes tertentu, itu adalah hak mahkamah," kata Muhyiddin semalam.
Menurut Latheefa lagi, kes saman Anwar ke atas Datuk K.S Nallakarupan mengenai kenyataan beliau di Utu! san Mala ysia ditangguhkan di Mahkamah Rayuan kerana pihak pembelaan Nallakarupan masih mempunyai beberapa isu yang belum diselesaikan.
"Jadi, ini benar-benar mengejutkan dan Timbalan Perdana Menteri menipu bila kenyataannya (mengenai Shamsidar) jelas tidak mempunyai asas," kata Latheefa lagi.
Shamsidar Taharin merupakan isteri kepada Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali, yang didakwa oleh Nallakarupan mempunyai hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang tersebut semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
-mafiaboss2u Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment