ISU SELANGOR! FAEKAH BAKAL MUSNAHKAN AZMIN ALI DENGAN PROJEK JELATEK!

Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.

Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.

Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai destroy dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.

Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak! dikenak an sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.

Read more...

No comments: