Ini artikel best yang ditulis oleh Dr Khir Toyo khas buat MB gagap paling bengap dalam sejarah Selangor!
1. Kali ini bukan saya yang kata Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong. Kali ini EXCO paling berpengaruh dalam negeri Selangor, Teresa Kok sendiri secara tidak langsung menyatakan kepada umum bahawab Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap bohong.
2. Lebih dua tahun Khalid Ibrahim berkokok seantero Malaysia bahawa kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan kembali hutang Talam Corporation kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri. Kononnya, BN Selangor memejam mata sahaja terhadap hutang-hutang Talam ini.
3. Dalam ucapan-ucapan di Dewan Undangan Negeri Selanhgor dan kempen politik, Khalid mendakwa beliaulah yang berusaha mengutip semula hutang Talam. Beliau jugalah yang begitu bijak dan pintar mencipta cara untuk melunaskan hutang Talam melalui pengambil alihan aset. Dalam satu sidang akhbar yang dicatatkan oleh Malaysiakini pada Nov 2009, Khalid dilaporkan berkata,
Read more...
No comments:
Post a Comment