GEMPAR!!! PAS KEDAH TUKAR KUBUR ORANG ISLAM JADI LOMBONG PASIR!!!

Nampaknya Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak puas dengan hanya merompak balak di hutan-hutan simpan kekal di negeri ini. Dalam diam, Azizan semakin rakus mengikut jejak langkah Kerajaan Pakatan Haram Selangor menyamun pasir di Kedah.
Cuba bayangkan, sumber pasir di Kedah ini hanya sedikit jumlahnya. Tapi yang sedikit itu pun Azizan dan konco-konconya nak kebas! Terdesak sangatkah PAS Kedah mahu mengisi karung parti dekat-dekat pilihanraya ni..?
Terbaru yang kami terima, Azizan kini cuba balun pasir di sebuah Kampung Padang Hassan, Mukim Lengkuas di Daerah Kubang Pasu pula. Kali ini projek berkenaan melibatkan penganiayaan kepada penduduk kampung di sekitar kawasan tersebut.
Khabarnya, kelulusan tanah untuk aktiviti perlombongan pasir di tanah lot bernombor 152 di kampung itu telah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG).
Menurut sumber surat yang ditujukan kepada Pengarah PTG Negeri, kerja-kerja penyediaan tapak perlombongan pasir yang turut melibatkan Kampung Pelubang di situ telah pun dijalankan. Dalam kata lain, projek itu boleh bermula pada bila-bila masa
Apa yang menjadi pertikaian di kalangan para penduduk kampung-kampung itu ialah mengenai tapak projek mengorek pasir tersebut yang terletak sangat hampir dengan tanah perkuburan umat Islam!
Selain itu, tapak projek pasir yang dikatakan atas restu Menteri Besar PAS itu juga sangat berhampiran dengan rumah-rumah para penduduk kampung dan ia menyebabkan rakyat di kawasan itu bangkit membantah projek berkenaan.... BACA SETERUSNYA DI KEDAHAN69ERS.COM

No comments: