Untuk memahami artikel ini, anda perlu membaca artikel Projek RM600juta dan Makcik Jual Kerepek terlebih dahulu. KLIK SINI
Untuk memancing undi dalam PRU13, Pakatan Rakyat menjanjikan akan menghapuskan PTPTN. Menghapuskan bermakna segala duit berjumlah RM43 billion yang telah dikeluarkan untuk PTPTN akan dikira sebagai pemberian/ biasiswa dan selepas ini tiada lagi PTPTN. Untuk rekod, setahun kerajaan mengeluarkan lebih kurang RM4 billion untuk PTPTN. Untuk rekod juga, DSAI yang memperkenal PTPTN, rujuk KLIK SINI
Apabila Pakatan mencadangkan pemansuhan PTPTN, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah berdemo menuntut pemansuhan PTPTN. Ramai peminjam menyokong pemansuhan PTPTN. Sekarang, rakyat Malaysia beranggapan bahawa PTPTN diberikan kepada pelajar Universiti yang mengambil pengajian ijazah. Terlebih dahulu anda jangan tersilap. PTPTN diberikan kepada pelajar IPTA iaitu seperti UKM, UM, UITM, Politieknik sebagai contoh, IPTS seperti KUIS, Kolej Polytech, Kolej Kemahiran, Institut Kemahiran dan lain-lain. Pelajar yang mengambil kursus Sijil hingga Ijazah layak meminjam daripada PTPTN. Ini melibatkan jumlah yang besar sehingga RM4 billion setahun. Perlu juga diingat bahawa selain PTPTN, MARA, Koperasi Angkasa, JPA, Pinjaman Anak Negeri dan lain-lain pembiaya juga menyediakan pinjaman pendidikan.
Perlu diingat bahawa kerajaan menanggung 95% yuran pengajian pelajar manakala baki 5% ditanggung oleh pelajar. Ambil contoh, seorang pelajar yang menerima RM3,250.00 per semester pinjaman PTPTN hanya membelanjakan sekitar RM1,000.00 ke RM1,500.00 untuk yuran pengajian dan baki akan me! njadi du it poket pelajar. Pakatan mencadangkan pemansuhan PTPTN dan akan menanggung 5% yuran pengajian pelajar. Bermaksud pelajar atau ibu bapa perlu menyediakan duit poket sendiri. Bukan semua ibu bapa mampu menanggung duit poket untuk anak-anak di pengajian tinggi. Sebab itu Pakatan mencadangkan pemansuhan PTPTN, bukannya pemberian biasiswa di mana dalam kes pemberian biasiswa yuran pengajian di bayar oleh pembiaya dan pelajar akan menerima duit poket secara berkala.
Apakah akan terjadi apabila Pakatan Menghapuskan PTPTN yang kini berjumlah RM43 billion dan RM4 billion setahun. Sila rujuk artikel Projek RM600juta dan Makcik Jual Kerepek. Apabila kerajaan melaksanakan projek RM600juta dari peruntukan Pembangunan, cuba anda lihat berapa banyak peluang pekerjaan yang diwujudkan, berapa banyak kerajaan persekutuan /negeri boleh mengutip hasil daripada cukai melalui perkembangan dan kitaran ekonomi.
Sekiranya Pakatan Rakyat hendak memansuhkan PTPTN sudah tentu mereka akan mengambil dari bahagian Belanjan Pembangunan. Untuk rekod, tahun 2011 belanja pembangunan Persekutuan adalah RM51 billion. Cuba anda bayangkan RM43 billion daripada Belanja Pembangunan diambil untuk menyelesaikan RM43 billion PTPTN yang telah dikeluarkan. Bererti kerajaan sudah hilang RM43b belanja pembangunan dan RM43b belanja pembangunan tidak akan turun kepada rakyat dan tidak memanfaatkan keseluruhan rakyat dan negara. RM43b setahun melibatkan kontrak, pembekalan, penyelengaraan dan lain-lain yang memberikan peluang ekonomi dan pekerjaan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Begitu juga RM4b setahun yang hilang untuk belanja pembangunan. Apakah akan terjadi?
Ekonomi tidak berkembang. Apabila ekonomi tidak berkembang, bukan sahaja peluang pekerjaan baru tidak dapat diwujudkan, malah lebih buruk peluang pekerjaan yang sedia ada juga akan hilang kerana ekonomi tidak berkembang. Cuba anda bayangkan, pelajar-pelajar dari lulusan sijil hingga ijazah, dari pelbagai lapisan jurusan keluar dari IPTA/ S tidak mempunyai peluang pekerja! an yang mencukupi dan ini akan menyebabkan kadar pengangguran yang cukup kritikal. Adakah mahasiswa gembira belajar dengan yuran percuma, tetapi apabila habis belajar tidak mempunyai kerja. Adakah kita mahu menuju seperti Bangladesh yang ramai pemegang ijazah tetapi menjadi tukang cuci di Malaysia.
Prinsip asas adalah rakyat semakin ramai dan ini perlu diselarikan dengan perkembangan ekonomi. Inilah yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini dan terbukti berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Pakatan Rakyat hanya berjanji bulan dan bintang untuk memancing undi dan mempermainkan minda rakyat dan mahasiswa yang kononnya sangat terpelajar, tetapi tidak memikirkan kesan buruk kepada rakyat dan negara. Akhir kata, PTPTN wajar dikekalkan untuk manfaat dan faedah rakyat dan negara.
House PK: Ini adalah email kedua dari Putera Suran. Did we get a message? Kalau korang tak faham afterwards tolong la jangan cerita pasal PTPTN.
No comments:
Post a Comment