KENANGAN.... Supt Fadzil (satu dari kiri bersama pegawai-pegawai Kanan PDRM yangturut menyertai module tersebut.
OLEH: SHAIMON S JUMADI
MASYARAKAT setempat disaran supayamembantu kepada pihak polis dalam memberikan maklumatmengenai adanya kegiatan jenayah sekeliling. Dengan adanya bantuan dan kerjasama rapat antara orang awam dengan pihak polis; sedikit sebanyak akan dapat membanteras kegiatan jenayah walaupun tidak secara mendadak.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata kepada Sabahkini.Net semasa ditemubual ketika mengetuai module Hari PDRM Bersama Pelanggan IPD Sandakan yang diadakan di Blok 14, Taman Mesra petang kelmarin.
Katanya, dengan kecekapan dan kepantasan pihak polis dalam membanterasjenayah ini jelas indeks kadar jenayah di daerah Sandakan sepanjang tahun 2012 ini agak menurun.
Fadzil berkata lagi, Rakan Cop diwujudkan adalah middle perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan masyarakat ia mengambil konsep yangmudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih m! udah ber sepadu dan tersusun.
Katanya lagi, Rakan Cop adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partnership". Melalui pendekatan menggalakkan orang ramai menggembleng tenaga untuk memerangi jenayah danapa jua masalah keselamatan.
Tambah Fadzil lagi, antara impak positif dan pelaksanaanprogram Rakan Copyang pertama memberi kesan sivik kepada masyarakat setempat mengenai pelbagai sudut keselamatan
Dengana mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat, maka akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat kepada polis dan agar dapat memberi maklumat yang tepat untuk manfaat seluruh masyarakat.
Katanya, module sebegini mendapat sambutan agak menggalakan daripada masyarakat dan mereka tidak segan untuk tampil ke hadapan untuk melaporkan segala kelemahan-kelemahan PDRM dan juga yang berkaitan dengan jenayah.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment