Oleh : NASPAZI
MALAYSIA, hanya satu gagasan antara negara. Malaysia hanya satu persatuan antara negara. Malaysia hanya satu syarikat antara negara; dan Malaysia hanya satu rakan kongsi antara negara yang ditubuhkan bersama oleh Malaya, Sabah dan Sarawak (MASASA). Pembentukan MASASA itu telah diluluskan oleh pemerintah Great Britain untuk dilaksanakan fungsi aspirasi penubuhannya pada sixteen September 1963.
Inti dan dasar atau terma dan syarat penubuhan MASASA di pihak Sabah dan Sarawak adalah isi kandungan Perjanjian 18/20 Perkara. Manakala, inti dan dasar, atau terma dan syarat kelulusan atau pembenaran penubuhan MASASA di pihak Great Britain pula adalah isi kandungan Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.
Antara 9 Julai 1963 hingga sixteen September 1963, Great Britain telah membenarkan Sabah dan Sarawak mengisytiharkan tarikh hari kemerdekaan mereka dari menjadi tanah jajahan British. Justeru, Sarawak telah memilih tarikh hari kemerdekaannya pada 22 Julai 1963. Manakala, Sabah pula telah memilih tarikh hari kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.
Dengan kata lain, ada persamaan dengan tarikh, hari dan bulan kemerdekaan Malaya, tetapi berlainan tahun. Menurut Perjanjian 18/20 Perkara, iaitu Perkara 9 menyatakan bahawa, setiap usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam ! sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh warga Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.
Tegasnya, perkhidmatan awam kerajaan negara Sabah adalah hak mutlak penduduk tetap negara Sabah. Namun begitu, transisi peralihan kuasa perkhidmatan awam di Sabah dari tangan pegawai British kepada tangan pegawai perkhidmatan awam penduduk tetap Sabah mengambil masa sekurang-kurangnya dalam tempoh sepuluh tahun (31 Ogos 1963 31 Ogos 1973).
Malangnya, selepas tempoh transisi pengunduran penuh pegawai perkhidmatan awam British kepada pegawai perkhidmatan awam penduduk tetap Sabah, suntikan maut jarum fitnah regim Malaya telah mula dieksport ke Sabah, iaitu sebagaimana yang telah penulis jelaskan dalam artikel yang lepas-lepas.
Dalam erti kata lain, Regim Malaya telah memecah belahkan pemimpin Sabah kepada beberapa gerombolan yang tamak, gerombolan yang rakus dan gerombolan pentingkan diri sendiri; tanpa menghiraukan lagi atau tanpa memperdulikan lagi, akan hak-hak dan kepentingan holistik atau kepentingan menyeluruh rakyat Sabah.
Pada hal, tujuan sebenar atau kemuncak realiti regim Malaya memecah belahkan pemimpin Sabah kepada beberapa gerombolan adalah untuk membangun sebuah kerajaan 'Barua', sebuah kerajaan 'Boneka' dan sebuah kerajaan 'Kuda Tunggangan' mereka di Sabah; agar mereka dapat merompak, menyamun, mengaut dan memunggah hasil masyhul Sabah ke Malaya dan seterusnya memiskinkan Sabah.
Yang demikian, mereka telah lupa, pura-pura lupa atau dengan sengaja berani tergamak mencabul Perjanjian twenty Perkara dan hak-hak Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963. Justeru, puluhan tahun kemudian, rakyat Sabah telah dipaksa menghadapi fakta tragis, fakta tragis yang berhubung dengan ramai pemimpin Sabah yang terkorban dalam peristiwa "Double Six" pada 6.6.1976.
Puluhan tahun kemudian, Sabah kehilangan hak ke atas ! jabatan- jabatan perkhidmatan awamnya sendiri. Puluhan tahun kemudian, Sabah kehilangan statusnya sebagai negara yang menjadi rakan kongsi Malaya dalam Malaysia. Puluhan tahun kemudian, tanah besar Sabah menjadi sepi dan lengang akibat kehilangan Pulau Labuan dan warganya sebagai satu keluarga besar rakyat Sabah yang menjadi warisan bangsa nenek moyang antara keduanya.
Puluhan tahun kemudian, rakyat Sabah mendapati dirinya dalam buangan di tanah airnya sendiri sebagai bangsa lain-lain dan mendapati dirinya merengkuk di sudut gaung minoriti, akibat rempuhan PATI yang menjadi warganegara Sabah angkara IC Projek regim Malaya.
Justeru, di dalam kotak hati sekian banyak paradigma penulis, sama ada dalam bentuk artikel mahupun video, adalah semata-mata untuk menampilkan sebuah kebimbangan serius tentang nasib malang yang bakal menimpa warisan bangsa penduduk asal bumi negara Sabah.
Pada hal, kebimbangan di ruang hati, seperti yang tersebut di atas, tidak sewajarnya melanda kehidupan setiap anak-anak bumi negara Sabah pasca merdeka yang telah dijamin kedudukan mereka; yang telah dijamin hak-hak mereka; dan yang telah dijamin masa depan mereka untuk bebas dan bahagia oleh para arkitek 'Founding Fathers' Malaysia yang menandatangani deklarasi Perjanjian Malaysia pada 9 Julai 1963.
Namun begitu, hari ini dan sekarang, terang dan jelas bahawa, pihak regim Malaya telah gagal sepenuhnya dalam mematuhi isi kandungan surat Perjanjian Malaysia 1963, dengan memakai topeng Malaysia sebagai topeng Malaya dan kemudian mendakwa bahawa, Malaya itu adalah Malaysia yang kononnya merdeka pada tahun 1957.
Akhirnya rakyat negara Sabah telah dipakaikan dengan topeng penjajahan dan kemiskinan di dalam bank penipuan keadilan yang bankrap, tanpa sedikit wujud perasaan bersalah dan malu kerana mengkhianati isi kandungan surat perjanjian pembentukan Malaysia 1963.
< div> Sehubungan itu, tatkala segelintir golongan terpelajar rakyat Sabah, menyuarakan tuntutan yang berhubung dengan bacaan kedudukan, hak dan masa depan rakyat Sabah dalam Malaysia, mengikut sebagaimana jaminan yang telah dipersetujui dan ditandatangani oleh para 'Founding Fathers' Malaysia, dalam deklarasi surat Perjanjian Malaysia 1963, dengan tiba-tiba regim Malaya saban hari melaung-laungkan simfoni api perkauman dan sentimen keagamaan yang begitu mengerikan.
"Jangan cabar Ketuanan Melayu!; Jangan rakus cabar Ketuanan Melayu!; Jangan pertikaikan Ketuanan Melayu!; Ketuanan Melayu adalah Ketuanan Islam!; dan Melayu jangan jadi bacul!".
Yang demikian, rakyat Sabah akhirnya mendadak laksana tikus-tikus mondok yang berlari bertempiaran masuk ke dalam sarang masing-masing di lereng-lereng bukit dan di sudut-sudut lembah kerana ketakutan angkara laungan api perkauman dan sentimen keagamaan regim Malaya sebagaimana yang dinyatakan.
Lantas, rakyat Sabah yang bagaikan tikus-tikus mondok, dengan muncung yang berjojolan dari dalam sarang kengerian, kesian mereka hanya mengangguk, sebagai tanda akur dan taat kepada segala kehendak nafsu serakah regim Malaya; tanpa mengambil kira, bahawa kedudukan, hak dan masa depan mereka dalam Malaysia sebenarnya adalah dijamin atau telah dijamin oleh surat Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963, andai saja ada kejujuran bersama untuk ia tidak dikhianati.
Sesungguhnya, segala sesuatu akan selamat dan sejahtera jika mematuhi janji hukum alam yang telah ditetapkan ke atas mereka. Contohnya, burung telah dijanjikan untuk hidup di udara dan membiak di atas pokok-pokok; cacing telah dijanjikan untuk hidup di dalam tanah dan membiak di dalam tanah; ikan telah dijanjikan untuk hidup di dalam air dan membiak di dalam air; dan singa telah dijanjikan untuk hidup di darat dan membiak di atas tanah.
Justeru! , andai kata janji hukum alam yang telah ditetapkan ke atas segala makhluk dicabul atau dikhianati, nescaya bencana besar akan menimpa makhluk-makhluk itu sendiri.
Demikianlah, Sabah terpaksa menanggung ribuan wajah derita kini dan sekarang akibat ketetapan yang dimeterai dalam perjanjian pembentukan Malaysia sah telah dilanggar dan dikhianati oleh regim Malaya.
Lantaran itu, setelah 49 tahun penubuhan Malaysia, dan Sabah sebagai sebuah wilayah yang mempunyai kekayaan sumbar alam yang besar dan hasil masyhul bumi yang sekian banyak; namun semenjak 2010 hingga kini Sabah sekali lagi dipaksa berdepan dengan keaiban pahit yang meloyakan, lantaran dijatuhkan kepada negeri termiskin di Malaysia; sesudah dijatuhkan dari standing negara kepada standing negeri sebelumnya.
Oleh itu, sekarang adalah masanya bagi seluruh peringkat lapisan masyarakat rakyat Sabah agar betul-betul bangkit mengangkat anak-anak bangsa negara Sabah dari ketidakadilan dan penindasan; perjanjian dan pengkhianatan; pembohongan dan pendustaan; sentimen keagamaan dan api perkauman; kepada permata intan perpaduan dan simfoni indah persaudaraan, dengan menggilap batu harapan di tanah manis kebebasan Borneo, bagi memancarkan cahaya fajar untuk menamatkan kegelapan panjang, dari baju biru penipuan dan payung merah penindasan regim Malaya sehingga Sabah jatuh termiskin di Malaysia.
Sesungguhnya, betapa kemiskinan mendadak Sabah dalam konteks masa kini bukan ciptaan rakyat Sabah sendiri yang miskin. Justeru, ia adalah hasil dari sistem pemerintahan yang telah melaungkan sebuah declaration 'Gagasan Sabah Baru Ke Arah Negeri Maju Dan Moden'; kononnya bagi mewajarkan kewujudan sebuah 'Kerajaan Lanun Standard Demokrasi Longkang' yang menjadi medium katak-katak biru beracun sebelumya.
Yang demikian, regim Malaya dan gerombolan Melayu baru UMNO di Sabah boleh menabur ratusan ribu janji baru yang ber! salut um pan beracun; suatu janji yang mereka akan kaitkan dengan isu pembangunan dan kemajuan, kemodenan dan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah kononnya.
Namun, lumrah gerombolan baju biru dan payung merah bukan sekali, tetapi berkali-kali lari dari janji. Hutang janji lama mereka dalam declaration 'Gagasan Sabah Baru Ke Arah Negeri Maju Dan Moden' pada tahun 1994; bukan sahaja belum dibayar, bahkan Sabah mereka campak ke lembah gaung negeri termiskin di Malaysia, dan pada akhirnya, rakyat Sabah selamanya hidup mendekam di dalam penantian mahligai janji sepanjang hayat sampai kiamat.
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment