Mintak Pendidikan PERCUMA kena penjara... tapi ROGOL budak di BEBAS kan..!!!



Siswa 'Occupy Dataran' dihukum penjara sebulan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada Apr lalu.

Siswa, Umar Mohd Azmi didakwa di mahkamah itu pada twenty-three Apr mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan keranamenghalangMohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi twenty-two Apr lalu.

Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.

Sementara itu, Umar dibawa ke Penjara Kajang petang ini bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.

Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.

Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki ! timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini.
Posted byKedah Lanie
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: