GEMPAR BERAPI! MAZA SUDAH TUKAR JADI TOYOL YANG NAK CARI TUAN BARU?

Khabar dari sumber middle round Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut.

Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis kristian barat seperti Martin Luther. Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House.

Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan berat hati menafikan berita tersebut. Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat. Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di AlQuds dan Iran. Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat diRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut.

Baca seterusnya di SEL13.com

No comments: