CILI KASI TARUK! AIAP LA TONY PUAKA NI KALAU NAK DIBANDING DENGAN TUN M? MESTI BACA

Bergantung kepada arah mana kecondongan anda. Kalau anda condong kepada Pakatan Rakyat, maka sudah tentulah Mahathir garbage bin Mohammad, bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat merupakan insan yang pale anda benci. Kalau anda condong kepada UMNO dan Barisan Nasional, hati anda mungkin berbelah bahagi kalau yang waras, akan kagum dan menghormatinya. Kalau yang kurang waras, tak berani kata depan-depan, kata kias-kias!

Kalau anda penyokong PKR dan penjilat tegar Anwar Ibrahim, maka Mahathir adalah berhala yang wajib dihancur-hancurkan dan abunya dibuang ke laut. Mahathir adalah insan yang amat dibenci oleh Anwar Ibrahim walaupun ketika berjawatan dalam kerajaan dahulu, Mahathirlah yang pale kuat dijilat apabila berada di hadapannya sehingga timbul pantun yang antara lain berbunyi, Biar Terbelah Langit dan Bumi

Mahathir dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab memecat Anwar Ibrahim kerana melihat bahayanya Anwar Ibrahim kepada jawatan yang sedang disandangnya pada ketika itu. Dikatakan juga kononnya Mahathir dengki dengan pencapaian cemerlang Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah Negara Harimau Asia Timur pada penghujung 1990-an.

Kalau anda penyokong PAS dan perasan yang anda adalah seorang pencinta Islam yang tiada tolok bandingannya, maka Mahathir seringkali diangkat dan dinobatkan sebagai musyrikin yang perlu diperangi habis-habisan tetapi tidak boleh berdepan-depan kerana kepetahan lidah Mahathir, seringkali menjadikan para pemimpin PAS yang bersemutar dan berkepiah putih, akhirnya kelihatan seperti tonyok kembung cacing.

Mahathir dianggap sebagai insan yang terlalu banyak menelanjangi para pemimpin PAS sehinggakan mereka dilihat sebagai pemi! mpin yan g hanya pandai bercakap, tetapi tidak begitu mendalami agama. Berulang-ulang kali Mahathir mempertikaikan gelaran ulama yang digunapakai oleh para pemimpin PAS, malah pada suatu masa, turut memberitahu dia juga adalah seorang Ulama.

Ulama dalam tafsiran Islam ialah cerdik pandai dan pakar dalam bidang atau disiplin ilmu yang khusus. Manakala ulama dalam tafsiran Islam PAS pula, adalah para pemimpin PAS yang tidak pernah lekang daripada kopiah putih, berserban, berjubah dan mampu memberikan tazkirah atau mengajar agama, sekalipun sekadar menjadi burung kakaktua daripada kitab yang sedang tertadah di hadapannya.

Namun bagi DAP, Mahathir adalah paksi segala kejahatan yang mampu membungkuskan dan melupuskan DAP buat selama-lamanya. Hanya kerana berpegang kepada prinsip demokrasi yang menjadi asas kepada kewujudan negara ini, maka Mahathir bersikap lebih toleran terhadap DAP biarpun pada ketika mudanya, Mahathir pernah dicop oleh DAP dan Lee Kuan Yew sebagai Melayu Ultra semata-mata kerana Mahathir mempertahankan hak-hak Melayu-Islam dan Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

DAP tidak mampu berhadapan secara terus mata dengan Mahathir ketika Mahathir sedang berkuasa dahulu. Kit Siang yang begitu mudah menyinga dan Karpal Singh yang sentiasa tegak bulu hidungnya, ketika di zaman Mahathir, sekadar tukang bangkang yang kerja bangkangannya lebih berkualiti berbanding selepas zaman Mahathir turun kuasa. DAP sentiasa menggunakan pihak lain untuk mengenakan Mahathir tetapi Mahathir sentiasa bijak mengelak. Dan tidak cukup dengan hanya mengelak, Mahathir juga membalas kembali perbuatan DAP dengan cara yang lebih bijak dan lebih terhormat sebagaimana yang berlaku kepada berbelas-belas tuntutan Dong Zhong yang diketahui didalangi oleh DAP, sehinggakan akhirnya Dong Zhong juga bertukar menjadi salakan anjing tidak bergigi dan bertaring.

Dek kerana itulah, apabila Mahathir hilang kuasa, DAP bagaikan melepas geram terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Keempat! itu. Ap a yang tidak dikatakan oleh DAP terhadap Mahathir. Semua yang Mahathir lakukan, semuanya tidak berguna dan hanya menghabiskan wang pembayar cukai di negara ini. Semuanya yang Mahathir lakukan, dikatakan hanyalah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni Mahathir.

Namun sewaktu Mahathir berkuasa, DAP dan mulut Kit Siang sekadar mampu mengomel tanpa sebarang suara yang lebih meyakinkan.

Justeru apabila Tony Pua menyatakan bahawa Mahathir sudah nyanyuk kerana Mahathir membuat kenyataan yang kembali mencalarkan imej DAP di kalangan penyokong-penyokong mereka sendiri, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan. Apatah lagi dengan sikap chauvinist Tony Pua yang semua orang tahu, dipekungi oleh chauvinisme dari Seberang Tambak.

Bagi DAP, Mahathir atau sesiapa sahaja yang memusuhi chauvinisme dan fanatik sosialisme yang merupakan fahaman pegangan utama parti cap roket itu, maka mereka perlu dihapuskan dan dilupuskan sepertimana yang dilakukan oleh Rejim Pol Pot terhadap mana-mana rakyat Kampuchea yang kelihatan sedikit cerdik. Label yang diberikan oleh Tony Pua kepada Mahathir sebenarnya hanyalah secebis daripada penghinaan dan perlecehan yang dilakukan oleh DAP terhadap orang Melayu. Apa sangatlah LABEL NYANYUK kalau dibandingkan dengan slick penghapusan etnik dan penghalauan orang Melayu dari tanah dan kampung halaman mereka, dengan hanya sedikit alasan, seperti kewujudan tanah perkuburan swasta seperti yang berlaku di Taiping, Pokok Sena, Hulu Langat, dan Sungai Kob, Karangan yang didalangi oleh DAP!

Sumber: Kedahan69ers

No comments: