FUYOH! KELAB PUTERA MALAYSIA NAK KE ROHINGYA!

Ancaman kebuluran yang dihadapi hampir 100,000 etnik Rohingya mendorong Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menjayakan misi kemanusiaan dengan menyalurkan keperluan asas kepada pelarian yang kini berlindung di tiga kem utama di kawasan berdekatan sempadan Myanmar.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata sejak enam bulan lalu, etnik Rohingya yang beragama Islam menghadapi pelbagai masalah termasuklah ditindas dan terbaru, diancam kebuluran.

Sehubungan itu, kelab berkenaan katanya, bercadang menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan dan perubatan terutamanya kepada golongan orang tua, kanak-kanak dan wanita.



Misi bantuan kemanusiaan membantu etnik Rohingya ini merupakan misi ke-27 yang dijayakan oleh KP1M selepas Somalia pada tahun lalu.

Untuk misi kali, seramai 10 pegawai perubatan dan 10 ahli sukarelawan akan mengunjungi tiga kem berkenaan untuk menyalurkan bantuan makanan dan perubatan kepada kira-kira 100,000 pelarian yang tinggal di kem pelarian Kutupalong, Nayapara dan Teknas, katanya sidang media misi bantuan kemanusiaan di pejabat KP1M di Kampung Attap, hari ini.

Tegasnya, tarikh misi kemanusiaan ke Mynmar itu masih belum diputuskan lagi samada beberapa hari sebelum atau selepas Aidilfitri sementara menunggu bekalan keperluan asas diperlukan mencukupi untuk kegunaan pelarian bagi tempoh enam bulan akan datang.

Sehubungan itu, KP1M katanya, memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya yang ketika ini amat memerlukan bekalan air bersih, tuala wanita, pakaian dan makanan.

Read more...

No comments: