CILI KASI TARUK! MASYARAKAT CINA SEMAKIN TOLAK PAKATAN! BETUL KE NI?

Semakin hampir ketibaan Pilihanraya Umum ke-13, rupa-rupanya Pakatan Rakyat semakin gentar dengan risiko kekalahan mereka.

Walaupun saban hari pemimpin Pakatan Rakyat sibuk mencanang kononnya parti itu semakin kukuh manakala sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) terus merudum.

Namun hakikat sebenarnya adalah sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin berkurangan apatah lagi setelah melihat kecenderungan pemimpin tertinggi parti itu dalam menggalakkan keganasan berlaku.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokles dalam ucapannya di Majlis Berbuka Puasa bersama Penulis Maya anjuran Mykmu di Kuala Lumpur, memberitahu bahawa satu kajian telah dibuat oleh organisasi bebas bagi melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap parti pembangkang sebelum dan selepas Perhimpunan Bersih 3.0 berlaku.

Ada satu organisasi bebas telah melakukan kajian di kalangan 1,000 rakyat Malaysia yang diadakan sebelum berlakunya Bersih 3.0 dan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Kajian itu dibuat di enam kawasan hitam untuk BN dan diangggap sebagai kawasan putih bagi Pakatan Rakyathasilnya menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Pakatan Rakyat semakin merudum, katanya.

Read more...

No comments: