PANAS BERAPI! WAHAI ORANG FELDA, PAS NAK LELONG FELDA KALAU MENANG PRU NANTI!

Tahukah anda, sekiranya PAS menang besar nanti mereka akan melelong FELDA? Tak percaya? Meh baca kat bawah ni:

Hebat!! Hari ini Ketua Penerangan PAS sendiri sudah mengesahkan bahawa PAS/Pakatan akan bubarkan FELDA kalau mereka menang di PRU13 dan tawan Putrajaya. Ini merupakan janji terbaru yang dilafazkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man didalam satu ucapannya di Pahang.

Tujuan PAS ialah, kononnya mereka mahu menyelesaikan masalah rakyat yang tak mempunyai tanah. Jika mengikut tafsiran Tuan Ibrahim dan juga PAS, kerajaan BN lah yang menyebabkan generasi sekarang tak mempunyai tanah.

Dan untuk selesaikan masalah tersebut, PAS melalui Tuan Ibrahim telah melafazkan janji untuk menjadikan FELDA sebagai galang gantinya. Tanah-tanah FELDA yang berjumlah 134 hektar diseluruh negara akan diberi percuma kepada rakyat..

Satu yang Tuan Ibrahim terlupa, tanah-tanah FELDA semuanya pada ketika ini sedang diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA seluruh negara. Tanah pertanian itulah yang menjadi sumber pendapatan mereka sejak beberapa puluh tahun yang lalu.

Read more...

No comments: