Rais Yatim, a Minister lost in translation

BRUnotes: Rais Yatim's method is a boundary of jokes in this error, no thanks to the own humerous entertainment of errors when attempting to translate some Yuletide stuff into Mandarin. Why do it in a first place? Bahasa Kebangsaan orang tak faham ke, Pak Menteri?

Nanyang Siangpau
Perkara: Sambutan Krismas-Terjemahan bahasa Cina?
Ruangan: Johor Edition m/s C9
Tarikh: 24 Disember 2011 (Sabtu)

Terjemahan Dari Pihak Kerajaan Sekali Lagi Jadi Bahan Lucu

Timbalan Perdana Menteri Menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia Yang Membantu Pengerusi

23 Dis, Balakong Kajang: Timbalan Perdana Menteri jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pembantu pengerusi, terjadi seperti terjemahan dari laman terjemahan Google yang melucukan itu sekali lagi telah berlaku!

Majlis yang dikendalikan oleh Kemenrterian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi meraikan hari Krismas seluruh negara secara terbuka, flyers yang dicetak begitu kemas dan cantik, sebaliknya terjemahan bahasa Mandarin di dalam flyers itu sangat membosankan dan rasa loya tekak.

Selain daripada kedudukan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu silap diterjemah, di perenggan kedua perkataan Kunjungi dan nikmati diterjemah kepada cepat-cepat jamu selera yang sangat membingungkan orang ramai.

Perkataan:jamuan rakyat dengan menu selera diterjemahkan kepada orang ramai gunakan menu makan yang luar biasa, kami tidak tahu adakah gunakan menu makan yang luarbiasa itu bermaksud mereka akan dihidangkan makanan dengan serangga-serangga.

Hanya satu sahaja yang agak lebih normal terjemahannya dengan perkataan persembahan oleh artis-artis popular tanah air dalam bahasa Melayu diterjemah kepa! da artis tempatan yang disukai ramai dalam bahasa Mandarinnya, tetapi perkataan pameran replika pokok krismas sebaliknya diterjemahkan kepada perkataan pameran salinan pendua pokok Krismas

Di bawah muka depan flyers agak lelbih ringan sedikit ayat-ayat itu, perkataan semua dijemput hadir diterjemahkan dalam bahasa Mandarin semua yang ambil bahagian kesilapan itu tidaklah ketara sangat.

Lebih Bernasib Baik kerana Tajuk Program Di Muka Surat Utama Tiada Bahasa Mandarin

Dalam tajuk program, di muka depan sangat bernasib baik kerana tiada sebarang terjemahan bahasa Mandarin, jika tidak ia akan timbul sesuatu yang amat melucukan dan akan diketawakan di peringkat antarabangsa. Majlis yang dikendalikan oleh Kemenrterian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ini adalah majlis meraikan hari Krismas untuk seluruh negara, akan diadakan pada twenty-six haribulan di Kajang, seterusnya akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Kami khuatir mereka membuat terjamahan itu menggunakan terjemahan dari Google, menyebabkan flyers aktiviti untuk seluruh negara yang dicetak berlaku banyak kesilapan, flyers aktiviti itu telah diedarkan kepada orang ramai, sebahagian penduduk yang terima flyers itu, dapati tulisan bahasa Mandarin telah disilap terjemah yang tidak ada kena mengena dengan majlis itu, menyebabkan orang-orang rasa kurang senang.

Terjemahan Dokumen Rasmi Kerajaan
Sepatutnya Diserahkan Kepada Profesional Untuk Disahkan:
Datuk Hoh Hee Lee


Pembantu perantaraan kerajaan BN di Balakong Datuk Hoh Kee Lee selepas mendapat maklumat daripada orang ramai berkaitan perkara itu, beliau juga rasa terperanjat dengan kesilapan yang telah berlaku itu.

Beliau menjelaskan, selepas ini jika pihak kerajaan mahu adakah aktiviti-aktiviti besar seperti di Kajang dengan aktiviti perhimpunan Krismas, sebagai penduduk di kawasan Hulu Langat, beliau sangat rasa bangga, tetapi kesilapan terjemahan risalah-risalah yang diedarkan yang berbentuk tulisan ba! hasa Man darin, beliau rasa agak kecewa.

Beliau berkata aktiviti kerajaan berlaku kesilapan dalam terjemahan bukan tidak pernah berlaku sebelum ini dan juga bukan yang pertama kali berlaku.

Yang lepas pernah berlaku apabila perdana menteri China lakukan lawatan ke Malaysia, kesilapan terjemahan di backdrop pentas telah mengaibkan kita sehing ke peringkat antarabangsa, perkara itu telah pun berlaku tetapi mereka masih belum dapat pengajaran dari itu lagi, dan terus melakukan kesilapan secara berterusan.

Beliau anggap jika kita mahu elakkan perkara ini berlaku lagi, pihak kerajaan sepatutnya melalui arahan kabinet, selepas ini apa sahaja dokumen yang perlu diterjemahkan, sepatutnya diserahkan kepada satu badan yang arif untuk lakukan pemeriksaan dan semakan dengan serius, tidak boleh dilepaskan kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk membuat keputusan sendiri yang agak begitu cuai.

Datuk Hoh Hee Lee juga berkata, tahap bahasa Mandarin di negara kita hanya selangkah di belakang negeri China dan Taiwan, sistem pendidikan bahasa Mandarin kita cukup lengkap, ramai orang dari luar negara sanjung bahasa Mandarin yang ada di negara kita, apabila dalam aktiviti yang dikendalikan oleh pihak kerajaan pula, bahasa Mandarin yang ditunjulkan kurang memuaskan, langsung tidak menunjukkan tahap kebolehan bahasa Mandarin di negara ini, ini satu perkara yang agak menyedihkan.

Aktiviti Hari Krismas terbuka seluruh negara ini satu aktiviti yang amat bermakna, ia membantu dari segi perpaduan dan harmoni dalam masyarakat, sebaliknya apa yang menyediakan telah dikotori dengan sehelai flyer.


No comments: