JUALAN HARAKAH MERUDUM... AKU TUMPANG SIMPATI!!! MUAHAHAHAHA!!!

Blog-blog pro-PAS sedang heboh memperkatakan tentang penurunan jualan akhbar kebanggaan mereka, Harakah sehingga 80,000 naskhah sebulan. Walaupun pada masa yang sama, masih ada lagi cakap besar tentang jualan Harakah adalah sekitar 60,000 naskhah setiap bulan, namun bagi mereka yang bergiat dalam bidang penerbitan dan pemasaran bahan penerbitan, khususnya tabloid dan akhbar, pasti akan tersenyum sinis dengan angka 60,000 itu memandangkan angka jualan paling sesuai bagi 80,000 naskhah tercetak adalah kurang dari 50,000 naskhah iaitu setelah ditolak jangkaan 45% naskhah dipulangkan.
Kalau ada yang bergembira kerana jualan Harakah menurun, kegembiraan itu sebenarnya adalah satu kesilapan yang besar. Penurunan semua naskhah bercetak membabitkan media cetak adalah perkara biasa pada tahun-tahun kebelakangan ini, apatah lagi penggunaan Internet lebih meluas dan mudah dicapai.
Justeru, bagi mereka yang melihat penurunan jualan Harakah itu sebagai satu kemenangan kepada UMNO-BN, maka seharusnya persepsi seperti itu harus ditimbang semula.
PAS sebenarnya tidak memerlukansebarang media cetak. Sebabnya, pada setiap masa dan sepanjang masa, PAS mempunyai HARAKAH LISAN yang bukan sahaja bergerak di atas pentas ceramah, sebaliknya di setiap mimbar. Di mana sahaja ada masjid dan surau, maka di situlah HARAKAH LISAN PAS akan ada. Tanpa mengira waktu, tanpa mengira audiens, HARAKAH LISAN PAS akan kedengaran, sama ada berselindung di sebalik kelas agama, mahupun berselindung di sebalik dakwah.

No comments: