Wajah Syarikat Taja "Gangnam Style"


Blogdrhalimahali.blogspot.com

Dari segi adatnya, sebuah syarikat yang mampu menaja atau menjadi "event promoter-event manager" semestinya mempunyai modal berbayar dan modal kerja yang besar. Syarikat yang modal berbayarnya besar mampu menjalankan projek besar yang kosnya tinggi. Dalam dunia perniagaan, kata kunci untuk semua aktiviti sebelum diteruskan ialah " Berapakah pulangan balik pelaburan ini atau return upon investment (ROI) ?"

Biasanya dalam dunia perniagaan pale busuk, kos perbelanjaan sesuatu aktiviti mesti dapat balik atau "break even" yakni tak untung tak rugi. Sebelum mampu menjalankan aktiviti kemasyarakatan, amal atau "corporate amicable responsibility" bertaraf mega atau antarabangsa, syarikat berkenanan tentulah syarikat yang memiliki keuntungan sebelum atau selepas cukai yang amat besar, pale tidak ratusan ribu.

Jika semua kos perbelanjaan di"write off" mesti ada sesuatu tak kena atau pulangannya disebut sebagai "non cash atau unsubstantial return" atau "return for favour". Inilah apa yang berlaku dalam kes penajaan PSY dari Korea yang anggaran kosnya antara RM2juta ke RM6 juta. Namun PM Najib menegaskan kerajaan Malaysia tidak menggunakan satu sen duit rakyat ( atau duit Bank Negara ) . Mungkin dalam kamus dia duit rakyat disimpan oleh LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tetapi duit Bank Negara bukan. Kita ada maklumat Bank Negara menjalankan pelbagai aktiviti contohnya menyewa tanah dan membayar duit kepada penyewa yang beberapa peratus diberikan kepada BN untuk dana PRU 13. Pihak Kastam pula bertungkus lumus membuat audit dan menyemak balik cukai-cukai ! barangan import-eksport agar sebarang kekurangan cukai dipungut semula.

Lihat di bawah profil SSM syarikat penaja secara "gangnam style" yang keuntungan tahun lepas hanya RM40 ribu sahaja.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: