RCI kerakyatan Rakyat Malaysia pra-Merdeka- Cadangan Dr Mahathir

malam ni teman di batu gajah yop.

This was a unkindest cut of all;

For when a noble Caesar saw him stab,

Ingratitude, more strong than traitors' arms,

Quite vanquished him: afterwards burst his strong heart. . . .

Tidak mengapa. Saya sendiri akan menterjemah artikel saya ini- sebagai respons kepada seorang pembaca yang mahukan artikel ini dalam Bahasa Melayu. Kalau ada ejaan salah- mintak maaf dahulu sebab Microsoft word BM dengan pembetulan ejaan tidak ada.

Di atas adalah beberapa rangkap dari sebuah penceritaan oleh Shakespeare. Cerita itu adalah mengenai kisah Julius Caesar. Maharaja Rome yang dibunuh oleh pembesar2 Rome.

Rangkap2 itulah deskripsi untuk Mahathir yang pale tepat. Suatu hari nanti sejarah akan membongkarkan bahawa Tunku Abdul Rahman adalah mangsa coup detat. Kita tahu Mahathir mesti sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Yang menikam Caesar antara lain nya ialah Brutus. Sahabat baik kepada Ceasar. Sebab itu tikaman Brutus lebih berbisa daripada tikaman2 yang dilakukan oleh pihak konspirator. Kerana tikaman oleh Brutus melambangkan sifat kacang lupakan kulit dan pembelotan. Tapi kita tahu, datang daripada seoarang yang menasihatkan orang Melayu lebih baik berkawan dengan syaitan yakni orang jahat, maka sikap lupakan kulit dan belot tidak bermakna apa apa kepada Mahathir. Kulit Mahathir seperti disebut oleh seorang pembaca kalis seperti Teflon.

Mahathir akan melakukan Brutus kepada sesiapa. Dia akan memBrutuskan sesiapa. Inikan pula Najib yang lembik. Pembaca terutama penyokong UMNO boleh mengecis saya menyebut Najib seperti ini. Tapi sebagai seoarang bekas AJK UMNO Bahagian Pekan, ADUN dan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Najib, saya tahu lebih sedikit mengenai si Najib ni. Kepada Dr Mahathir, Najib seperti makan kuaci. Najib sekarang yang minta nyawa daripada Mahathir.

Mahathir teryata bukan seoarang negarawan- dia seorang domestic animal. Itu sebab nya kita kata pemerintahan nya selama twenty-two tahu adalah sebuah mimpi seram kepada rakyat Malaysia. Yang sudah berlalu jangan kita ulangkan lagi. Kalau kita tidak belajar dari sejarah, maka kita di kondem akan mengulangi kecelakaan seperti zaman Mahathir. Kerana itu, seluruh rakyat Malaysia lebih sentosa tanpa UMNO bikinan Mahathir. UMNO 1988. Inilah legasi Dr Mahathir yang pale disayangi nya. Kerana ketakutan amat sangat legasi nya ini akan lenyap, maka Mahathir saban hari menyibukkan dirinya dalam politik Malaysia.

Tunku Abdul Rahman tidak disini untuk mempertahankan dirinya. Pemberian kewarganegaraan kepada lebih 1 juta bukan Melayu sebelum kita merdeka, adalah untuk tujuan membina sebuah Negara yang bersatu. It was for republic building. Matlamat dan tujuan nya mulia. Pemberian warganegara kepada pelarian Filipino, penjenayah dan entah apa lagi, dilakukan untuk memperkukuhkan kuasa politik Mahathir. Ini dua tindakan yang mutu dan motif nya berlainan.

Yang satu iaitu yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman adalah untuk panggilan dan seruan yang lebih tinggi. Tujuan nya untuk mahabbah dan faedah umum. Yang dilakukan oleh Mahathir adalah untuk tujuan sempit dan peribadi nya mengekalkan kuasa nya. Juga berniat jahat mencairkan kedudukan rakyat Sabah. Apakah rakyat Bumiputera Sabah kurang keBumiputeraan nya dari orang Melayu? Yang Mahathir nak sibuk sangat mengenai ! ketuanan Melayu ini apa hal? Mamak tongkang nak cakap lebih pasal Melayu? Orang Melayu tak sibuk joke kerana mereka yakin kepada kedudukan mereka.

Kita sebenarnya tidak memerlukan hujjah bahawa pemberian warga Negara adalah pra-syarat pihak Inggeris memberikan kemerdekaan kepada kita. Mereka mahu melihat Malaya muncul sebagai sebuah Negara yang bersatu. Tentulah, cara yang demikian menyelesaikan kepentingan greedy pihak British yakni menyelesaikan masaalah mereka sebagai pembawa buruh Cina dan India ke Tanah Melayu. Tapi pemberian warga Negara adalah harga yang kecil sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan kita sebagai sebuah negara. That was also a small price to pay to equivocate carnage if indepencence were to be obtained by armed struggle. Tunku melakukan tindakan yang mulia. Mahathir melakukan tindakan yang kotor.

Selain daripada menyalahkan Tunku, Mahathir mencadangkan suatu RCI dilalukan keatas pemberian warga negara pra-merdeka. Ini cadangan yang mempersolakn kerakyatan nenek moyang orang India dan Cina yang datang ke Malaya sebelum merdeka.

Maka saya tertanya tanya, sama ada rakyat Malaysia bukan Melayu yang mempunyai harga diri dan maruah, adakah mereka akan menerima celaan dan penghinaan Mahathir? Mahukan mereka terus menyokong UMNO Mahathir dan mereka rela melihat maruah nenek moyang mereka dicemari oleh seorang politikus bernama Mahathir? Kalau kamu tetap juga sokong UMNO Mahathir, kamu stigma your ancestors.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |

No comments: