GEMPAR BERAPI! ROSMAH BERSUMPAH BELAIU TIDAK MEMILIKI CINCIN 24 JUTA!



Saya berani sumpah Saya berani sumpah waallah saya tidak ada cincin itu di tangan saya langsung

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.

Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.

Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.

Tak kisahlah apa mereka nak cakap biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa kita ni sabar sahajalah.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: