KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan merupakan pemain utama dalam operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, kerajaan pusat melalui Menteri Kewangan Incorporated memiliki 'Golden Share' dalam Syabas, yang membolehkan mereka berkuasa mutlak membuat keputusan dalam syarikat pemegang konsesi air di Selangor itu.
Manakala, anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) pula katanya hanya memiliki 30 peratus pegangan saham di dalam Syabas dan ini terhad kepada perwakilan dalam lembaga pengarahnya sahaja.
"Selain Kerajaan Negeri melalui KDEB, terdapat satu pemilik saham yang istimewa iaitu 'golden share'.
"Dan (ia) mempunyai semua kuasa dan bertanggungjawab terhadap sesuatu keputusan yang dibuat Syabas," katanya ketika sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.
Kerajaan Negeri Selangor kini menuntut kerjasama pusat bagi membuat penstrukturan semula air di negeri itu dan mengambilnya semula dari Syabas.
Mereka mendakwa masalah air di Selangor dapat diatasi jika pengurusan itu diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri dan bukan lagi kepada syarikat konsesi Syabas yang diberikan ketika zaman Umno BN memerintah.
Sehingga kini Kerajaan Negeri masih menunggu jawapan dari Kerajaan Pusat berhubung isu pengambilalihan pengurusan air daripada Syabas itu.
Sebelum ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dalam berkata, Pusat tidak pernah menghalang Kerajaan Negeri ! untuk me ngambil alih pengurusan air dari Syabas.
Katanyanya, ia kerana Pusat tidak mempunyai sebarang ekuiti dalam syarikat Syabas kecuali 'golden share' untuk membuat pemantauan.
harakahdaily
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment