CAYALAH! TUN M SEDIA KE RCI UNTUK PERJELASKAN ISU IC DI SABAH!

Aku suka dengan tulisan Dato Tiger, sangat rasional penjelasan beliau, apa kata kita baca dan fahamkan pasal isu IC di Sabah:

KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini mengaku meluluskan kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah di epoch pentadbirannya tetapi semua dibuat berdasarkan undang-undang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil menjadi saksi di RCI mengenai pendatang asing di Sabah yang bersidang sekarang.

Tun Dr Mahathir mengingatkan rakyat bahawa Tunku Abdul Rahman telah memberi lebih satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tetapi tiada siapa persoalkan.

Renungan Rimau : Rakyat perlu ingat bahawa pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dibuat berdasarkan undang-undang dan bukan diberikan mengikut suka hati kerajaan. Sudah tentulah ada kriteria tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan terutama Jabatan Imigresen dalam membolehkan seseorang itu mendapat pengenalan sama ada secara sementara atau dalam jangka panjang.

Dalam pemikiran pembangkang, pendekatan memberikan pengenalan ini sudah tentu memberi kelebihan kepada kerajaan dalam pilihan raya sedangkan mereka tahu bahawa kelebihan itu juga boleh berpihak kepada mereka kerana undi itu adalah rahsia.

No comments: