PANAS tersebar: Adakah buku neh Deepak punya


Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar

KUALA LUMPUR 31 Dis:Buku yang berkaitan dengan penukaran Akuan Bersumpah P Balasubramaniam (PI Bala) dari SD kepada SD-2 mula tersebar hari ini dengan tajuk "The Black Rose Black Rose 1.0

Sebelum ini, peniaga karpet, Deepak Jaikishan berjanji akan menerbitkan sebuahbukuselepas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerbitkan bukunya.

Buku tersebut diterima Harakah Daily hari ini. Namun ketika dihubungi, Deepak enggan mengesahkan buku ini ditulis dan diedarkan oleh beliau.Buku kecil twenty-six muka surat yang ditulis dalam Bahasa Inggeris itu menamakan Spirit of Altantunya's sebagai penulisnya.

Dengan menggunakan nama samaran bagi setiap watak yang terlibat yang skandal ini, buku tersebut menceritakan bagaimana SD-2 PI Bala boleh dikeluarkan.

Selain cerita bagaimana SD kedua dibuat, dalam buku ini juga dimasukkan beberapa dokumen yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembe! lian bara! ngan berharga mahal.

Sehingga kini, Deepak telah membuat beberapa pendedahan melalui media alternatif.

Setiap kali temubual beliau dengan Harakahdaily disiarkan, Deepak akan menerima tindakan dari pelbagai pihak.

Selepas wawancara disiarkan Harakah Daily buat pertamanya pada twenty-seven Nov lalu, Deepak terpaksa meletakkan semua jawatannya dalam 66 buahsyarikat.

Selepas wawancara kedua disiarkan pada 22 Disember, Deepak menerima surat dari sebuah syarikat guaman terkenal, Shane & Delamore bagi pihak sebuah bank.Salah seorang adik Perdana Menteri, Datuk Johari Abdul Razak adalah pemilik utama syarikat guaman ini.

Wawancara dalam bentuk video itu disiarkan pada tengahari, manakala pada sebelah petangnya Deepak menerima surat yang melibatkan wang sebanyak RM30 juta itu.Pada hari yang sama, Deepak memberitahu Malaysiakini, beliau akan menerbitkan buku bagi menjawab buku Datin Seri Rosmah.

Namun, dengan pelbagai tekanan ini, menurut sumber, Deepak masih bertahan dan melawan balik.Beliau dikatakan akan membuat satu lagi sidang media penting petang esok.~KD Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: