Pendedahan mengejutkan bekas rakan perniagaan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan berhubung akuan bersumpah (SD) yang dibuat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam membuktikan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi bagi menutup penglibatan perdana menteri Najib Altantuya dalam kes pembunuhan indication Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Tidak lama selepas itu, bekas ketua polis negara, Musa Hassan pula tampil dengan kenyataan mengerikan membuatkan lidah Najib Altantuya kelu untuk menjawab dan hanya berani mengucapkan takziah kepada penuntut Malaysia yang meninggal dunia di London pagi tadi di Twitter.
Apa yang menyebabkan kedua-dua bekas orang suruhan Najib Altantuya berbuat demikian?
Mudah saja, jika anda sudah tidak diperlukan lagi menyelamatkan perniagaan kroni dan suku sakat, bersedialah untuk ditendang keluar umpama kucing kurap.
Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad dipercayai dalang di sebalik keluarnya dari pertapaan kedua-dua nama besar yang pernah menjadi topik hangat sebelum menghilangkan diri akibat tekanan berterusan yang dikenakan ke atas mereka.
Maka di bahu Mahathir lah kununnya nama mereka boleh dibersihkan dari terpalit dengan skandal yang dicipta khusus untuk mematikan karier politik Najib Altantuya yang semakin hilang sokongan di peringkat akar umbi selepas perhimpunan agung Umno (PAU) terakhir sebelum pilihanraya umum.
Seperti dijangka, sehingga kini Najib Altanuya enggan menjawab satu pun dakwaan Deepak yang mengaitkan dirinya dengan skandal pembunuhan Altantuya menurut akuan bersumpah pertama yang dibuat Balasubramaniam tidak lama selep! as Najib Altantuya diangkat menjadi timbalan perdana menteri.
Pun begitu, nasib Najib Altantuya bukannya terletak di tangan 13.2 juta rakyat Malaysia yang bakal keluar menunaikan tanggungjawab mereka empat atau lima tahun sekali tetapi kini ia berada di tangan Mahathir selaku pencatur politik terhebat Umno sejak 1981.
Musa pula yang setia dengan Mahathir terutamanya dalam konspirasi pemecatan bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim pada 1998 tidak berpatah balik lagi ekoran skandal penyelewengan kuasa yang didedahkan bekas pesaingnya, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ramli Yusuff yang mendedahkan kumpulan samseng Tengku Goh di belakang Musa semasa menjadi orang nombor satu di Bukit Aman.
Musa juga tersepit sama seperti Deepak tetapi nasib Deepak jauh lebih baik kerana awal-awal lagi menyatakan pendiriannya dalam satu konspirasi membayar sejumlah RM5 juta yang diberikan kepada adik Najib Altantuya, Nazim untuk menutup mulut penyiasat yang diupah khas kawan baik Najib Altantuya, Razak Baginda yang kini hidup dalam buangan di London, United Kingdom.
Kini dia hanya menunggu arahan Mahathir untuk melepaskan 'bom berangkai' yang dipercayai kertas siasatan ke atas pembunuhan Altantuya yang sempat disimpannya untuk rujukan sekiranya diperlukan dalam masa sesak seperti sekarang ini.
Apakah siri pendedahan kedua-dua mereka ini akan berakhir begitu saja?
Nampaknya tidak, bahkan menurut satu sumber, Deepak dan Musa dipercayai bergabung tenaga atas arahan Mahathir memusnahkan Najib Altantuya bagi memberi laluan kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi serangan terhebat Pakatan Rakyat tidak lama lagi.
Kita tunggu saja perkembangan lanjut apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Deepak dan Musa serta tindak balas yang dianggap lemah oleh Najib Altantuya dalam misi mempertahankan kuasanya yang semakin menipis hingga Apr tahun depan.
- media perak Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment