SEORANG pelajar perempuan berusia 14 tahun bersama rakannya ditahan berikutan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah, pada jam 2 pagi baru-baru ini. Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Ima, mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine (syabu) ketika berusia 13 tahun.
Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol Iebih 20 remaja Ielaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara14 hingga 17 tahun.
Mangsa turut memberikan kerjasama dengan mencatat nama suspek yang pernah merogolnya. Ima berkata, Iebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
"Saya berkawan dengan pad rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan," katanya.
Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu Ialu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di Jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.
"Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oIeh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis akan menyiasat aduan dibuat oIeh mangsa dan mencadangkan supaya mangsa dapat diletakkan di bawah penyeliaan rumah perlindungan.
"Melakukan hubungan seks dengan mana-mana remaja perempuan bawah umur diklasifikasikan! sebagai rogol walaupun mangsa merelakan perlakuan itu dilakukan terhadap dirinya.
"Mangsa juga memaklumkan bahawa dia mengenali kesemua suspek yang merogolnya. Dengan senarai nama suspek yang ditulis oIeh mangsa sendiri ini memudahkan polis mengesan kesemua suspek terlibat," katanya. (Rileksantai)
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment