ALAMAK! AHLI PARLIMEN BEBAS SERTAI UMNO LA!

Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim hari ini menyertai semula Umno bersama 347 yang lain, dua tahun selepas keluar dari PKR.

Beliau menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pulau Pinang hari ini.

Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berada di Pulau Pinang sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu, yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Saya menyerahkan surat permohonan menyertai Umno kepada Presiden Umno bersama saya hari ini 347 yang lain, kata beliau ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Read more...

No comments: