Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza 2nd Wave Road To Gaza

Dalam melaksanakan Gelombang Kedua ke Gaza, Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) menyasarkan untuk membantu 40,000 keluarga Palestin di Gaza.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu bantuan berkenaan meliputi pelbagai keperluan termasuk makanan dan selimut berbanding misi yang dilakukan kali pertama pada 2010.

Katanya, bantuan gelombang kedua yang dilakukan pertubuhan terbabit juga akan membawa 4.5 juta tan ubat-ubatan, perlatan dan perkakasan dimana ia atas permintaan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sebelum ini kita pernah lakukan misi ke Gaza namun kali ini kita lakukan dalam kadar yang lebih besar dimana ia disertai nineteen orang doktor pakar, termasuk pakar kanak-kanak.

Kita bawa ramai doktor kerana kita tahu khidmat perubatan adalah bantuan yang sangat-sangat diperlukan di Gaza justeru kita jangkakan 42 pembedahan akan dilakukan sepanjang misi ini.

Dengan bantuan dari Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan pihak Hamas di Gaza, kami yakin misi ini akan berjaya, katanya.

Menerusi misi itu, 58 sukarelawan telah melibatkan diri dimana ia merangkumi pelbagai kaum.

Apa yang dilihat melalui usaha KP1M, keprihatinan rakyat Malaysia seolah-olah merentasi batasan kaum serta agama.

Read more...

No comments: