CILI KASI TARUK! AKHIRNYA HASSAN ALI MEMILIH PAS DAN BUKAN UMNO!

BESUT 16 Okt. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan terus setia memegang semangat perjuangan PAS walaupun telah dipecat pada bulan Januari yang lalu.

Sambil menolak tanggapan dirinya bakal menyertai UMNO, Presiden Jalur Tiga (JATI) itu berkata beliau akan terus memastikan hasratnya dalam mengembalikan perjuangan asal PAS yang didakwanya telah terus pincang akibat penguasaan pimpinan Parasit Parti.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau juga mengulangi penegasan bahawa dirinya tidak pernah menerima sebarang sogokan berbentuk wang dari mana-mana pemimpin UMNO.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Hasan Ali juga menjelaskan, kumpulan Anwarinas dalam PAS kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Malah katanya lagi, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. KL POS

HOUSE PK: Laaa apa ni Hassan Ali? Aku ingat dia dah nak masuk UMNO? Bu! kan ke p enyokong pakatan meroyan kata Hassan Ali nak masuk PAS? Apa benda ni? Hassan Ali tetap setia dengan PAS? Nak tunggu apa lagi Hassan Ali?

Kenapa tak nak masuk UMNO? PAS dah sesat, mereka dah tiada jalan balik. Setakat korang 2-3 kerat nak lawan kaum Anwarinas dalam PAS memang susah la. Mana boleh? Mereka sangat kuat. Aku ingatkan dia masukUMNO, rupa-rupanya cinta dia PAS sangat la kuat adanya.

Apa pendapat korang pasal statement Hassan Ali ni?

No comments: