Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Biasalah tu- ketika dalam UMNO kita dah lali dengan cara dan gaya Dr Mahathir- memarahi sudah, mengancam sudah, memujuk sudah dan menangis joke sudah. Rakyat berubah, tapi UMNO semakin beku.
Ye lah, kita tahu, bersatu itu lawan kepada berpecah. Soal nya, mengapa bersatu dibawah UMNO? Sebab UMNO itu Melayu? Orang akan jawab- Melayu dalam PAS bukan cukup Melayu lagi? Melayu dalam PKR itu, jenis Melayu lain? Melayu dalam DAP itu telah menjadi kafir atau bukan jadi Melayu lagi? Di mana2 joke , Melayu tetap Melayu. Melayu UMNO tidak lebih dari Melayu dalam parti lain.
Bukan nya orang Melayu tidak suka bersatu- tapi mereka enggan bersatu dibawah UMNO. Maka yang perlu ditanya ialah mengapakah UMNO kian hari ditolak oleh orang Melayu?
Tahun 2008, ada 5.7 juta pengundi Melayu. Calun2 UMNO hanya dapat 2.38 juta undian. Tolak 380 ribu pengundi bukan Melayu, maka undi dari orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta. Apa makna nya itu? ertinya, 3.7 juta orang Melayu, termasuk juga 1 juta lebih ahli UMNO telah menolak UMNO. Itu soalan yang mesti ditanya oleh DR Mahathir- bukan meratapi penolakan orang Melayu kepada UMNO.
Jadi dia menyeru supaya Melayu bersatu. Diagnosis nya betul, tapi preskripsi nya salah. Melayu berpecah kerana sudah tidak mahu terima bulletin UMNO- agama, bangsa dan negara. Rakyat tahu UMNO bukan lagi satu2 nya parti yang boleh berjuang untuk bulletin agama, bangsa dan negara. Dalam demokrasi, rakyat boleh membuat pilihan. Rakyat Malaysia boleh memilih antara beberapa buah parti. Orang Melayu contohnya, boleh melihat kepada saingan UMNO yang pale sengit- PAS ! atau PKR . Tidak mengapalah jika orang Melayu kurang senang dengan DAP- tapi mereka boleh melihat dan membandingkan UMNO dengan PAS dan PKR.
Hari ini asas pilihan rakyat bukan lagi cerita kenangan lama mengenai UMNO. Zaman tersebut sudah berlalu. Zaman pemimpin UMNO dirangsang dan dimotivasi oleh agenda2 tinggi, hari ini dikoprapkan oleh pemimpin UMNO dengan bulletin memakan rasuah dan mengayakan diri sendiri. Hal ini menjadi jadi semenjak Dr Mahathir sendiri menubuhkan sebuah parti baru, UMNO 88. Pemimpin yang idealistik dan tidak mementingkan diri diganti oleh pemimpin yang berkepala bisnes dan mementingkan diri sendiri. Bahkan parti yang mewakili aspirasi, kembimbangan dan harapan orang Melayu, di ganti dengan parti yang sudah tidak di kenali orang Melayu.
UMNO dan Dr Mahathir menuai apa yang mereka telah tanam.
Rakyat mengadili parti politik dari sudut pemimpin nya, pimpinan nya, bulletin dan dasar2 untuk rakyat. Rakyat juga melihat kepada siapa yang menganggotai parti yakni ahli2 parti dan rakyat juga tengok penyokong2 parti. Rakyat tidak suka kepada pemimpin yang hipokrit dan rasuah dan bermuka2. Rakyat tidak suka kepada kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Rakyat menilai sama ada bulletin yang ditawarkan menguntungkan rakyat dan memberi faedah kepada negara. Akhir sekali, rakyat juga menilai kualiti ahli parti- kalau ahli parti tidak ada disiplin dan laku perangaimacam samseng, maka rakyat akan menganggap parti tersebut mencerminkan kesamsengan pemimpin nya. Kalau budak2 UMNO macam samseng, maka orang akan kata, bapak borek , anak rintek.Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
Jadi tidak perlulah Dr Mahathir meratapi mengapa orang Melayu tidak bersatu dibawah UMNO. Lihat pada diri UMNO sendiri. Kalau Dr Mahathir enggan melihat UMNO dengan ka! ca mata yang sebenarnya, rakyat telah berbuat demikian.
Dan apa yang mereka lihat? Para pemimpin UMNO rasuah dan korap, mencabuli kuasa, membuli dan menghamba abdikan rakyat. Suatu hari saya bertanya Tun Daim Zainudin, apa pasal susah sangat kerajaan memerangi rasuah dalam negara ini? Tun Daim telah menjawab macam mana kita hendak benteras rasuah, bila wang telah berjalan sehingga ke nombor 1?
Dan Dr Mahathir sendiri, ketika menghadhiri suatu jamuan tengah hari bersama sama bekas menteri cupboard nya, dengan keras sekali mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan dari yang tertinggi sampai kebawah, adalah perasuah dan korap.
Read Part 1 -http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/09/mengundi-umno-itu-bukan-wajib.html
Posted by sakmongkol AK47
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment