Isu rampas mayat: Apakah penyelesaiannya?

NAMPAKNYA, kes rampas mayat oleh jabatan agama telahpun mencapai tahap yang baru. Sekarang, ada pula kes di mana Jabatan Agama Pulau Pinang telahpun merampas abu mayat seorang wanita, M Nagamah, kerana dipercayai si meninggal telahpun masuk Islam sebelum mati. Lantas, keluarga Hindunya dianggap tidak berhak untuk mengebumikan mayatnya.

Mohan Singh (Courtesy of Baldi Kaur, J Belvikohr and Jaswant Kaur)

Kes-kes rampas mayat oleh jabatan agama Islam di Malaysia bukan perkara yang baru. Memang sebelum ini pun, sudah ada beberapa kes yang mendapat perhatian media, orang Islam dan penganut-penganut agama lain. Mayat lain yang telahpun atau cuba dirampas oleh jabatan agama Islam termasuklah jenazah M Moorthy, Mohan Singh, T Lawrence, Nyonya Tahir dan Gan Eng Gor.

Dalam kes-kes seperti ini, antara soalan penting yang perlu jawaban adalah siapakah yang lebih berhak terhadap mayat orang yang telah meninggal? Apakah jabatan agama Islam atau ahli-ahli keluarga orang yang telah hidup bersama dan membela orang itu sehingga ke akhir hayatnya?

Status agama

Yang jelas, standing agama seseorang yang sudah meninggal seperti dalam kes-kes yang disebut tadi agak kompleks ! dan mung kin juga sangat kabur. Dalam kes Nagamah misalnya, Jabatan Agama Seberang Perai mendakwa Nagamah telah berkahwin dengan seorang Islam bernama Ibrahim Noyah. Mengikut jabatan agama dan laporan media, beliau telah memeluk agama Islam pada tahun 2005 dengan nama Islamnya, Mariah Abdullah. Namun, anak-anak beliau mendakwa ibu mereka telah mengamalkan agama Hindu dan telah mati sebagai seorang Hindu.

Yang tambah mengaburkan fakta-fakta kes ini adalah satu laporan The Star pada tahun 2007. Suratkhabar itu telah melaporkan bahawa sepuluh orang anak-anak Nagamah dan Ibrahim Noyah telah memohon agar kad pengenalan mereka mencatatkan mereka sebagai beragama Hindu. Alasan mereka? Sepanjang usia mereka, mereka telah mengamalkan agama tersebut. Menurut Ibrahim Noyah dalam laporan itu lagi, dia tidak meminta Nagamah memeluk Islam sebelum mereka kahwin dan Nagamah joke menyokong permintaan anak-anaknya untuk tetap beragama Hindu.

Kes-kes lain juga sama-sama kompleks. Ramai ahli-ahli keluarga yang sukar untuk menerima dakwaan jabatan agama apabila semasa hendak mengebumikan ahli keluarga yang tersayang itu, mereka tiba-tiba diberitahu bahawa si mati itu telahpun masuk Islam sebelum meninggal.

Maka, apakah jalan penyelesaian dalam keadaan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama yang hidup di Malaysia?

Islam Ramah bukan Islam Marah

Mantan Presiden Indonesia, allayarham Abdurrahman Wahid, pernah berkata yang diperlukan adalah Islam Ramah bukan Islam Marah.

Bukankah buruk sanga! t imej I slam apabila jabatan agama hanya muncul menunjukkan keprihatinan apabila mahu menuntut mayat orang yang didakwa telah memeluk Islam. Ia boleh dilihat sebagai lebih mahu menunjukkan kuasa. Walhal, sebelum itu, jabatan agama tidak pernah muncul untuk bertanya khabar atau menghulurkan bantuan sewaktu orang tersebut masih hidup.

Sepertimana orang-orang Islam mahu dilayan sama rata dan diberi hak penuh apabila mereka berada di negara bukan Islam, begitu jugalah orang-orang Islam mesti memberi layanan setara dan menghormati hak-hak orang bukan Islam. Bayangkanlah jika sebuah keluarga Islam yang sedang tinggal di Amerika, yang baru saja kematian ahli keluarganya yang terdekat, tiba-tiba didatangi oleh pihak gereja yang menuntut jenazah ahli keluarga mereka atas dakwaan bahawa dia telah joke menganut agama Kristian. Pastinya, ahli keluarga yang beragama Islam sukar menerima begitu sahaja dan merasakan hak mereka terhadap ahli keluarga dan juga perasaan keagamaan mereka telah diserang.

Di Indonesia, ada tanah perkuburan yang menempatkan kubur-kubur orang beragama Islam dan juga Kristian, di dalam kawasan yang sama. Ahli-ahli keluarga Islam tidak merasa terganggu sedikit joke apabila mereka berdoa di kubur ahli keluarganya, yang bersebelahan dengan kubur berpalang salib. ( Norhayati Kaprawi)

Apabila berlaku perselisihan yang sukar mencapai persefahaman antara pihak berkuasa dan ahli keluarga, bukankah lebih manusiawi jika perasaan ahli keluarga yang masih hidup itu lebih diutamakan? Lagi pun, setelah jenazahnya dikuburkan, pegawai-pegawai agama tidak akan lagi mempedulikan si mati. Ahli keluarganya jugalah yang akan tetap mengingati, melakukan upacara mendoakan roh si mati atau menziarahi kuburnya dari masa ke masa.

Jika menurut Islam sendiri pun, bukahkah setelah wafatnya seseorang insan, jasadnya tidak lagi menjadi yang penting, tetapi rohnya? ! Jika jen azahnya dikuburkan di perkuburan orang bukan Islam sekali pun, apakah lalu Tuhan tidak akan mengakuinya? Jika memang benar orang itu telah memeluk Islam, bukankah Allah swt itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui?

Orang Islam marah sungguh bila orang Barat menuduh agama Islam itu keras dan zalim. Tetapi jika orang Islam sendiri suka bersikap angkuh, kasar dan tidak adil pada orang bukan Islam, maka orang Islam sendirilah yang sebenarnya menunjukkan bahawa Islam itu keras dan zalim.

Fikah minoriti

Setelah 55 tahun merdeka, sudah tiba masanya para tokoh dan sarjana Islam di Malaysia menawarkan perspektif fikah yang boleh memberi jawapan dan keadilan terhadap masalah-masalah yang timbul di dalam masyarakat Malaysia kontemporari yang majmuk dan moden ini. Tokoh-tokoh Islam di Malaysia tidak boleh sekadar bergantung pada pendapat ulama zaman dulu kerana ulama silam mengeluarkan pendapat mereka sesuai dengan realiti keadaan masyarakat mereka sendiri pada waktu itu. Ulama dan sarjana Islam di Malaysia kini juga perlu mempertimbangkan pelbagai disiplin ilmu kontemporari seperti sejarah Malaysia, psikologi, sains politik, sosiologi, kefahaman terhadap undang-undang negara termasuklah Perlembagaan Persekutuan, dan juga isu gender.

Yusuf al-Qaradawi ( NMkuttiady / Wiki Commons)

Ulama seperti Yusuf Al-Qaradawi telah joke melangkah ke depan dengan turut membentuk fikah yang disebut "Fiqh al-aqalliyyat" ataupun fikah masyarakat minoriti bagi menjawab persoalan masyarakat Islam yang hidup sebagai golongan minoriti di negara-negara bukan Is! lam. Majlis Fatwa dan Penelitian Eropah membolehkan wanita Kristian yang mahu memeluk Islam agar terus kekal tinggal bersama dengan suaminya yang bukan Islam. Fatwa ini mungkin mempertimbangkan bahawa lebih baik wanita itu tetap hidup bersama suaminya yang bukan beragama Islam daripada wanita itu tidak masuk Islam langsung.

Fatwa sebegini pastinya memeranjatkan dan mungkin sukar diterima oleh umat Islam di negara-negara Islam. Namun, para ulama berani membuat pendirian sedemikian hasil pertimbangan terhadap konteks masyarakat dan isu gender di Eropah. Ini membuatkan mereka yakin ia merupakan langkah yang terbaik waktu ini. Maka, Malaysia juga harus menawarkan fikahnya sendiri dalam memastikan keadilan pada masyarakat minoriti bukan Islam di Malaysia.

Keadilan untuk semua

Apa lagi yang boleh dilakukan untuk memastikan keadilan itu dapat dinikmati oleh semua, tidak kira Islam atau bukan Islam?

Tun Abdullah Badawi

Mengapa kerajaan Malaysia belum melaksanakan usul dari badan bukan kerajaan yang dibuat semasa Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri, agar menetapkan orang-orang yang mahu menukar agama diminta memberitahu terlebih dahulu bukan meminta izin ahli keluarganya yang terdekat, terutama isteri atau suaminya?

Mahkamah sivil juga hendaklah tegas dan berani dalam melaksanakan keadilan pada setiap rakyat Malaysia. Perlembagaan Perseketuan telah memberi kuasa pen! uh pada mahkamah sivil untuk mengadili kes-kes yang melibatkan orang-orang Islam dan bukan Islam. Dalam kes pertikaian sebegini, ahli keluarga bukan Islam berhak mendapatkan keadilan di mahkamah sivil.

Seorang sarjana Barat pernah mengatakan "Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, malah ianya harus dilihat telah dilaksanakan." Begitu juga, seharusnya Islam bukanlah hanya melaksanakan keadilan pada orang Islam, tetapi juga hendaklah melaksanakan dan juga dilihat melaksanakan keadilan pada orang bukan Islam. Bukankah menurut orang Islam sendiri, Islam itu rahmat untuk seluruh alam (rahmatan lil-alamin) dan Allah swt itu juga Tuhan untuk seluruh alam (Rabbul Alamin)?

Kiyai Prof Dr Said Aqil Siradj, Ketua Nahdhatul Ulama, organisasi Islam terbesar di Indonesia, baru-baru ini mengatakan bahawa melindungi orang-orang bukan Islam itu merupakan suatu jihad. Beliau juga dengan tegas mengatakan "tidak toleransi itu melawan Tuhan kerana di dalam Al-Quran Surah 2:21, Allah swt telah berfirman bahawa Dia sengaja menciptakan manusia berbeza bangsa dan suku kaum agar kita saling kenal-mengenal."

Norhayati Kaprawi adalah seorang aktivis wanita, pembuat filem dan associate Asian Public Intellectuals. Dokumentari beliau ialah Mencari Kartika, Aku Siapa dan Kudaku Menari Lagi mengutarakan isu-isu dalam masyarakat Islam di Malaysia, yang pastinya turut memberi kesan pada semua rakyat Malaysia.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: