CILI KASI TARUK! APABILA HISHAM MULA BERSUARA.....



Politik kebencian yang berlaku di kalangan masyarakat harus dihentikan segera kerana ia akan menjadi amalan jika dibiarkan terus menular, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau melihat perhimpunan yang berlaku pada ambang merdeka Khamis lalu sesuatu yang begitu berat kerana melibatkan insiden yang melibatkan kepentingan rakyat.

Tuduhan membaling batu terhadap bas, memijak gambar serta ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri dan mahu mengubah bendera Malaysia semuanya adalah serius, katanya.

Tegasnya, polemik serta eksploitasi dalam insiden yang berlaku itu perlu dibendung kerana ia melibatkan kepentingan serta menjejaskan keselamatan rakyat dalam negara.

Hishammuddin berkata demikian sebagai mengulas tindakan peserta Himpunan Janji Demokrasi yang rata-rata mereka bertindak luar batasan kerana berani memijak gambar pemimpin negara serta mahukan Jalur Gemilang ditukar.

Beliau menjelaskan, insiden yang berlaku dalam perhimpunan tersebut telahpun diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan manakala pendakwaan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman dalam menjatuhkan kes serta hukuman.

Read more...

No comments: