Perang mulut antara Pas, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke thirteen nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh Pas untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak Pas yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada Negara Islam kepada Negara Kebajikan semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
Pas sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Read more...
No comments:
Post a Comment