Bukan lebih RM42 juta sepertimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi RM100 juta untuk pembelian tanah Talam Corporation Bhd atau sekarang ini dikenali sebagai Trinity Corporation seluas 916 hektar di Bestari Jaya. Dan Khalid Ibrahim terlibat sepenuhnya dalam perkara TERLEBIH BAYAR itu.
Khalid Ibrahim sekarang, sedang berhempas pulas untuk membela dirinya berhubung ancaman air yang sangat kronik di Lembah Kelang dengan menyalahkan pengurusan SYABAS meskipun masalah sebenarnya ialah ketiadaan loji rawatan air yang berkapasiti tinggi bagi pembekalan air terawat.
Mungkin beranggapan, dengan menyibukkan rakyat Selangor dengan isu air dan SYABAS, maka satu lagi masalah besar yang cuba dilindungi oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat, dapat terus ditutup.
Sebelum ini, Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan bangganya mengumumkan bahawa Geran Selangorku adalah hasil daripada kutipan lebihan hutang beberapa agensi kepada Kerajaan Negeri Selangor. Geran Selangorku telah digunakan sebagai cara publisiti untuk menunjukkan bagaimana Kerajaan Negeri Selangor telah diurus tadbir dengan berkesan dan sangat baik.
Namun apabila didesak, dan dalam usaha membela diri, Khalid Ibrahim tersalah sebut yang Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya mengutip hutang dari Talam Corporations Bhd.
Malangnya siasatan yang dibuat menunjukkan bukan Talam yang kini sudah bertukar nama sebagai Trinity membayar hutang, sebaliknya Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim yang telah TERLEBIH BAYAR untuk pembelian tanah-tanah Talam yang TIDAK MUNASABAH!
Khalid Ibrahim wajar menjawab!
No comments:
Post a Comment