UMNO Parenting Skills- Alihbahasa oleh Zaidi

Pandainya UMNO menjaga anak UMNO Parenting Skills- alihbahasa oleh Zaidi.

Pada tahun 1927, kira-kira 85 tahun yang lalu seorang cendekiawan Melayu bernama Zainal Abidin Ahmad menulis :-

mereka telah di perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah2 yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2 dari bangsa mereka sendiri

Ini perkara sebenar. Penindas yang pale besar adalah orang-orang berkuasa di dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Di bawah penguasaan UMNO orang Melayu hilang ciri kemanusiaan. Cuba bayangkan jika anda memberitahu anak-anak anda yang mereka tidak boleh menjadi sebaik anak-anak India dan Cina kerana mereka dilahirkan Melayu? Bahawa mereka tidak boleh bersaing kerana cause keturunan yang lemah yang mempunyai ciri dalaman yang serba kekurangan di dalam segala hal? Jenis Melayu apa yang akan mereka jadi bila besar kelak?

Jika demikianlah, apa yang akan menyelamatkan orang Melayu? Pemerintahan totok UMNO yang menyerupai pemerintahan raja berkuasa mutlak seperti di zaman dahulu kala sistem pemerintahan yang dirujuk oleh Zaaba di dalam nukilannya seperti di atas.

Jadi "anak-anak" Melayu ini membesar menjadi apa? Mereka membesar menjadi manusia yang bantut dikekang dengan cirri-ciri palsu yang ditanam di dalam kepala mereka, kerdil dan pendek kerana setiap hari ibubapa UMNO memberitahu mereka bahawa mereka semua tidak cukup bagus. Ibubapa UMNO ini akan memberitahu bahawa engkau menjadi begini pada hari ini adalah kerana kuasa bukan-Melayu sedang berpakat untuk menghancurkan kesemua yang berkaitan dengan Melayu.

Apa penyelesaian UMNO? Kebergantungan sepenuhnya kepada UMNO.

Jadi untuk membolehkan persaingan yang adil, berikan kami UMNO kuasa yang mutlak dan tidak terbatas. Kuasa untuk apa? Untuk merompak dan melanun Negara ini dan menjadikan orang Melayu hamba untuk selama-lamanyakah?

Inilah pembohongan terb! esar dan kepalsuan yang UMNO serapkan di dalam akal fikir orang Melayu yang mudah dipengaruhi itu. Melayu itu umpama adunan tepung yang mudah untuk dibentuk dan dilenyek kepada apajua bentuk yang dikehendaki oleh UMNO pada ketika itu.

Sewaktu UMNO mengidam diberikan cek kosong untuk merompak dan melanun, orang Melayu dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan idea bahawa mereka akan ditenggelami oleh orang bukan Melayu. Segala-galanya yang berkatian dengan Melayu bangsa, agama dan institusi yang melambangkan keMelayuan itu akan dilenyapkan apabila bukan Melayu mengambil alih kuasa. Orang bukan Melayu jika digabungkan semuanya tidak akan menjadi kelompok majoriti. Hal ini sahaja sudah memadai untuk menghancurkan jaringan tipu daya dan pembohongan UMNO itu.

Lagipun untuk makluman ahli-ahli bahasa yang nasionalis, Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai Pendita Zaaba menulis rangkap di atas itu di dalam Bahasa Inggeris. Dia menulis mengenai orang Melayu dan perenggan di atas itu bolehlah diterjemahkan kepada secara mudah seperti berikut;

they( the Malays) have been enslaved, suppressed, oppressed and abused during the hands of their own rulers who were then, the statute classes from inside of their own kind

Zaaba ketika itu berusia 32 tahun. Dia Melayu pertama yang menduduki peperiksaan senior Cambridge dan menjadi seorang guru dan kemudiannya pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris. Apa sebenarnya yang saya maksudkan di sini? Yang sebenarnya ialah jika orang Melayu ingin mencari orang yang menghalang kemajuan mereka, mereka tidak perlu melihat jauh. Menjadi pengetahuan umum lumrah alam bahawa penindas yang pale teruk di dalam sesuatu bangsa adalah daripada bangsa itu sendiri. Jeleknya pandangan daripada sistem feudal yang lama yang melihat orang Melayu itu sendiri diabadikan menerusi kacamata mereka yang mewakili kelas feudal itu yang mengatakan;

".saya tidak suka dengan fikiran bahawa anak-anak ! raja dan ketua duduk bersama-sama dengan anak-anak orang yang dahulunya adalah hamba sahaya kita"

Mazhab fikiran feudal lama kini digantikan dengan mazhab fikiran feudal yang baru. Tiada yang mengamalkan hal ini dengan lebih pakar selain UMNO. UMNO tidak membuang kepercayaan kepada pemimpin yang diwariskan. Maksudnya pemimpin yang dipilih di atas dasar siapa mereka asalnya.

Bagi UMNO dan inilah apa yang saban hari Cuma diterapkan di dalam fikiran watan UMNO pemimpin UMNO dilahirkan dan hanya sebahagian kecil, dengan gelaran-gelaran tertentu dan hidup di dalam kelas tertentu boleh memimpin UMNO dan Melayu.

Mazhab baru feudalisma mungkin tidak mempunyai tembok pemisah Berlin tetapi ciri-ciri feudalisma yang lama masih jelas terpampang. Maksud ciri-ciri feudalisma lama ialah terus-menerus menghambakan akal fikiran Melayu oleh kerajaan Melayu-UMNO hari ini.

UMNO bukan sahaja menghina rakyat malah menghina masyarakat kita. Ia menggalakkan samseng dan kaki pukul abad ke 21 sedangkan masyarakat lain sedang giat berusaha untuk menjadi lebih beradab dan kritikal didalam pemikiran , lebih rasional dan sederhana di dalam perlakuan dan lebih adil dan jujur di dalam keputusan mereka.

Cuba tanya diri kita dengan jujur. Jika keadaan sebegini berterusan apakah hasil akhirnya nanti? Kleptokrasi (kerajaan haloba dan perasuah) disatu sudut dan hipokrasi (kemunafikan) di sudut yang lain disusuli dengan Negara kepolisan yang membul di satu sudut yang lain dan akhirnya jurang pendapatan yang semakin melebar di dalam mitos ekonomi berpendapatan tinggi. Kita akan di kepung di ke empat-empat penjuru oleh pencapaian yang lebih kurang dan kegilaan.

Inikah apa yang kita mahukan untuk Malaysia? Tipu daya, ancaman dan tumbukan, penghinaan dan ketidakadilan, mutu yang rendah dan lapuk, hutang yang semakin membesar. Disokong oleh tipu daya dengan lakonan-gah oleh pembuat-pembuat berita.

Ini bukannya penghujung sejarah untuk UMNO Baru. Ianya akan be! rakhir d engan sejarah-ringkas Negara kita.

Bangkitlah bangsa Malaysia!

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: