PTPTN BERCILI! TUN M KATA ANWAR MUDAH LUPA....

Tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percumaKita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi, katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Read more...

No comments: