KHABARNYA baru-baru ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mula masuk campur berkenaan hal ehwal penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia setelah sekian lama membiarkan PAS melalui Mazlan Aliman menyalak sendirian.
Dilaporkan juga mereka telah berjaya menghasut beberapa kerat orang Asli dalam PKR untuk mengumpul tandatangan memorandum bantahan penyenaraian itu dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kata ketua balaci Biro Masyarakat Peneroka dan Orang Asli PKR, Suhaimi Saad, mereka sudah ada 2,000 tandatangan buat masa ini dan akan diserahkan kepada PM pada Jumaat ini di Putrajaya.
Hujah Suhaimi untuk membantah agenda kerajaan itu ialah penyenaraian FGVH hanya menguntungkan jangka pendek peneroka tetapi akhirnya mereka akan menyesal.
Persoalan utama, benarkah jumlah 2,000 tandatangan tersebut adalah tandatangan para peneroka Felda dan ahli KPF?
Read more...
No comments:
Post a Comment