TERKINI! DATUK SERI KHAMIL JAMIL DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI DAN PENGARAH EKSEKUTIF PROTON!

Inilah berita yang baru keluar sebentar tadi, Pengarah Urusan DRB-Hicom iaitu Datuk Seri Mohd Khamil Jamil dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Proton yang baru.

Sebelum ini ada banyak spekulasi yang mengatakan bahawa Tengku Mahaleel akan dilantik sebagai Pengerusi Proton, ternyata ianya meleset!

Cuma yang menjadi persoalannya sekarang ni, macamana dengan Pengarah Urusan Proton sekarang ini iaitu Dato Syed Zainal?

Adakah dia dikekalkan? Adakah dia ditukarkan? Adakah dia ditamatkan kontraknya? Semakin berdebar rasanya dengan drama DRB Proton ni kan?

Aku bukan apa, kereta baru Proton iaitu P3-21A bakal dilancarkan dan ini adalah baby kepada Syed Zainal, jadi kalau ditamatkan sekarang, kesian la dia kan?

Tapi terserah la pada DRB-Hicom. Aku yakin dengan keputusan Datuk Seri Khamil Jamil. Dia memang terer. Semoga segalanya akan selesai dengan baik untuk Proton.

Tahniah Datuk Seri Khamil diatas perlantikan ini. Semoga Allah berkati DRB-Hicom dan Proton sentiasa.

Sent by Maxis from my BlackBerry smartphone

No comments: