PANAS BERAPI! PKR NAK CHE ROSLI DIPECAT HANYA KERANA DIA MENYOKONG LYNAS!?

Ini apa punya bangsat la PKR ni, ada ke patut dia suruh Che Rosli, Ahli Parlimen PAS yang menyokong Lynas dipecat? Apa punya sialan la PKR ni, orang yang bercakap benar pun mereka nak bunuh karier politik dia! Korang baca la kat bawah ni, aku petik dari blog Pakatan Sialan bernama Suara Pakatan Rakyat:

PAKATAN RAKYAT sentiasa komited dan konsisten dalam menentang kerajaan yang hanya mementingkan material tanpa mengira kesannya kepada rakyat. Selaras dengan komitmen ini, PR telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kilang Lynas tidak beroperasi bagi memastikan keselamatan penduduk dan alam sekitar dari bahaya pencemaran radioaktif.

Kesungguhan PR diterjemahkan melalui protes dan demonstrasi serta majlis-majlis penerangan bagi menyampaikan maklumat sebenar mengenai bahaya Lynas kepada rakyat. Namun, segala usaha PR ini terbantut apabila Ahli Parlimen PAS, Che Rosli Che Mat bertindak membela Lynas.

Pada 24 Ogos tahun lepas, Che Rosli dalam satu module dengan TV3 telah menyatakan bahawa penduduk sekitar tidak harus bimbang tentang keselamatan mereka kerana pertuduhan mengenai bahaya kilang Lynas adalah tidak berdasarkan fakta saintifik dan tidak langsung bersifat akademik.

Dalam ertikata lain, Che Rosli seolah-olah ingin menekankan bahawa segala bantahan yang dikemukakan oleh PR dan para pencinta alam terhadap Lynas hanyalah bersifat politik.

Tindakan Che Rosli ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap bukan sahaja parti tetapi terhadap rakyat keseluruhannya.

Hujah Che Rosli bahawa kenyataan beliau di dalam TV3 adalah berasaskan kapasiti dirinya sebagai seorang saintis iaitu bekas pensyarah sains nuklear, dan bukan seb! agai seo rang ahli politik dilihat sebagai peluru tepat kepada PR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, khasnya yang lantang menjuarai penentangan Lynas.

Kita tidak faham sikap Che Rosli ini iaitu sama ada beliau masih bersama PR atau tidak. Jika benar beliau masih setia kepada parti, kenapakah beliau dengan sengaja telah memberi peluru kepada BN untuk menembak PR?

Che Rosli harus faham bahawa walaupun beliau seorang saintis, beliau juga seorang ahli politik dalam PR dan beliau tidak boleh mengambil pendirian yang bertentangan dengan parti dan perlu lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan dan pendapat.

Kedudukan beliau sebagai saintis tidak boleh memadamkan hakikat bahawa beliau juga seorang ahli politik. Justeru, dalam isu Lynas ini, jika beliau mempunyai pendapat yang berlainan, beliau seharusnya mengelak dari membuat kenyataan langsung selagi pendapat beliau tidak dibahaskan dan diputuskan oleh parti.

Apa yang beliau lakukan merupakan tamparan yang hebat sekali di mana PR kini kehilangan hujah bernas untuk terus menentang Lynas. Apatah lagi apabila pihak berkuasa berkaitan atom dan nuklear antarabangsa turut menyokong bahawa Lynas tidak merbahaya, maka apakah lagi modal PR untuk menghentikan operasi Lynas dan menyelamatkan rakyat dan alam sekitar di Gebeng?

Bukankah ini satu kerugian kepada PR di kala PRU semakin dekat? Kerana Che Rosli, PR kini dilihat sebagai parti yang hanya mementingkan politik dan segala penentangan terhadap Lynas hanyalah gimik semata-mata.

Memandangkan tindakan Che Rosli telah menyebabkan PR kerugian besar dari segi modal politik dan mungkin juga kehilangan begitu banyak undi, maka laman Suara PR merasakan wajar sekiranya riwayat politik Che Rosli ini ditamatkan sahaja dengan seberapa segera.

Ini kerana tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu Lynas adalah penentu hidup dan mati PR dalam PRU akan datang.

No comments: