Sejak Tun Dr Mahathir menimbulkan isu regime change yang dirancang oleh negara asing. satu demi satu pendedahan telah dibuat berkenaan campurtangan asing dalam negara ini, termasuk surat-surat dari Ketua Pembangkang, Dato Seri Dato Anwar Ibrahim kepada Pengerusi National Endowment of Democracy (NED), Carl Gershman dan George Soros.
Hingga terkini, pihak Anwar dan PKR hanya mengambil sikap tidak mempeduli atau memperlecehkan isu ini supaya ianya tidak membesarkan. Mereka mahu rakyat anggap enteng saja seolah-olah ianya hanya propaganda murah UMNO dengan alasan NGO-NGO ini hanyalah aktivis berniat untuk mengembangkan amalan demokrasi.
Sidang akhbar Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Dato Ir Zin tengahhari tadi mendedahkan dengan bukti sekali bahawa pihak-pihak ini bukan hanya memperjuangkan demokrasi tapi mempunyai agenda tertentu untuk campurtangan dalam pilihanraya negara dengan memberi sokongan kewangan, latihan dan manual kepada parti-parti pembangkang khususnya PKR.
Penglibatan asing turut mahu menentukan keputusan pilihanraya memihak kumpulan tertentu dan cara proses politik sedemikian boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara pada jangkasama terdekat.
Bagaimana pula respons Anwar dan PKR dengan pendedahan berbukti yang akan didedahkan dan disebarkan keseluruh negara ini? Adakah masih beliau anggap ianya hanya UMNO mahu sengaja menakut-nakutkan rakyat jelata dan menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim? Sejauh mana Anwar akan terus menjual nama baik tokoh-tokoh ugama seperti Sheikh Yusoff Qardawi dan pemimpin Hamas untuk membersihkan namanya?
Read more...
No comments:
Post a Comment