PANAS BERAPI! AZIZAN KINI HANYA MB BONEKA DI KEDAH!

Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, merupakan satu-satunya yang pernah wujud di Malaysia. Semuanya dilakukan dengan tangan ghaib yang cuba mengatur dan menyusun segala hierarki kuasa di Kedah dengan menjadikan Azizan Abdul Razak sebagai mangsa.

Secara tidak langsung, Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh yang merupakan pengikut tegar Anwarinas telah berjaya menunjukkan taring dan kekuatan mereka, sehingga akhirnya Azizan Abdul Razak terpaksa akur dia hanyalah penyandang gelaran Menteri Besar Kedah tetapi tidak mempunyai sebarang kuasa.

Itu yang dituntut oleh Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dalam syarat yang diletakkan bagi membolehkan mereka menerima tawaran jawatan Exco. PAS yang sedang bergelut untuk mengelakkan persepsi rakyat bahawa parti itu sedang berhadapan dengan perpecahan terbesar di Kedah, terpaksa memilih jalan untuk akur dengan tuntutan Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dalam usaha untuk mengambil hati kumpulan PARASIT yang sedang bergerak bebas dalam PAS Kedah dan PAS Pusat amnya.

Bagaimana Azizan Abdul Razak boleh menjalankan tugasnya selaku Menteri Besar Kedah jikalau kuasa berada di tangan Jawatankuasa Pemandu PAS Pusat yang sudah tentu dibarisi oleh golongan Anwarinas? Apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh rakyat Kedah secara keseluruhannya dengan pembantaian kuasa mutlak seorang Menteri Besar apabila kuasa tersebut dirampas oleh orang luar?

Tidakkah PAS sedang menjalankan tradisi kukubesi yang telah lama mereka labelkan kepada UMNO dan Barisan Nasional?

Kumpulan PARASIT dalam PAS yang sememangnya merupakan cukong-cukong dan barua-barua Anwar Ibrahim serta DAP, sememangnya amat takut dengan Azizan Abdul Razak yang jelas tidak ! begitu m ahu tunduk menyembah Pakatan Rakyat serta Buku Jingga yang sering diagung-agungkan bagi menunjukkan kehebatan Anwar Ibrahim dan Cina-Cina DAP. Dek kerana itulah, Azizan Abdul Razak wajib dipancung dan wajib ditiadakan.

Kebangkitan Phahrolrazi Zawawi yang menggunakan isu kepentingan ahli-ahli PAS, ternyata bagaikan satu reward besar kepada para pemimpin PAS Pusat. Selain Kelantan, Kedah adalah kubu kuat PAS. PAS ingin menguasai seluruh kewangan sepertimana mereka melakukannya di Kelantan. Dengan rakyat dibiarkan tergapai-gapai, manakala para pemimpin PAS kaya raya seperti Husam Musa, terus mencipta peluang dan ruang bagi mengurangkan persepsi buruk terhadap diri mereka dengan berselindung di sebalik jubah dan serban PAS.

Azizan Abdul Razak telah tewas sepenuhnya di Kedah. Kaum PARASIT ANWARINAS telah menguasai PAS sepenuhnya. Manakala kaum yang menggelarkan diri mereka sebagai kelompok ulama pula, bagaikan anjing kurap busuk kepala. Dalam keadaan ini, di mana peranan Dewan Ulama PAS Kedah? Apakah Dewan Ulama PAS Kedah juga sudah terpengaruh dan terpaksa tunduk sujud kepada kumpulan PARASIT ANWARINAS?

Ketiadaan sebarang suara dari Dewan Ulama PAS Kedah berhubung perkara ini, sememangnya amat mendukacitakan. Dengan kata lain, Dewan Ulama PAS Kedah telah diketepikan sama sekali dan langsung tidak diberikan peranan penting walaupun pada sebarang masa, PAS seringkali mendabik dada kononnya parti tersebut mengutamakan kaum ulama.

Ternyata pengaruh PARASIT ANWARINAS sudah sampai ke kemuncaknya dalam PAS. Selepas Azizan Abdul Razak dipancung, apa pula yang akan dilakukan oleh kaum PARASIT ini? Adakah mereka akan mendabik dada dan mengatakan mereka akan merampas kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah pula?

Masa yang akan menentukannya!

Sumber: Kedahan69ers

No comments: