PANAS! LAPORAN HIMPUN SEJUTA UMAT DARI TERENGGANU! MESTI BACA

Sahabat aku yang berada di Terengganu telah menghantar aku laporan perjalanan HIMPUN di Terengganu, moh kite baca kat bawah ni ya:



Perjalanan Himpunan Sejuta Ummah di Terengganu, himpunan ini diadakan di Dewan tertutup Negeri Terengganu. Jumlah hadirin melebihi 5,000 orang. Penceramah yang hadir adalah terdiri dari Kapt(B) Samsudin Munir (Pegawai Operasi Yadim), Mohd Hafiz Nordin (AJK Himpun Pusat) dan seorang pejuang islam yang seJATI iaitu Dr. Hassan Ali.

Sedikit petikan ucapan Kapt.(B) Shamsudin Munir, beliau telah berkata bahawa pemimpin bukan Islam sewenang-wenangnya perlekeh orang melayu sejak kebelakngan ini, beliau seru sokong himpunan sejuta umat ini.

Manakala dalam ucapan Mohd Hafiz Nordin pula, beliau telah menyeru rakyat Terengganu tentang kekejaman Israel, beliau juga telah berkongsi maklumat tentang serangan pemikiran sekular, wujud gerakan murtadkan umat Islam (SIS), wujud serangan menghindukan orang Islam di Pulau Pinang dan kes Lina Joy dibiayai Amerika.

Akhir sekalli, ucapan Dato Hassan Ali pula. Beliau telah mendedahkan bahawa Kerajaan SELANGOR tidak sokong tindakan beliau semasa isu DUMC, bukan takat DUMC sahaja malah semasa program transeksual gender agenda Ambiga itu Hassan Ali diherdik kerana mennetang, sama juga dalam ! isu kris tianisasi dan isu murtad.

Hassan Ali juga memberitahu, semua NGO berhaluan kiri akan hadir ke himpunan di GENEVA pada 4 MAC 2012 untuk menyerahkan satu resolusi meliputi isu kebebasan beragama dan kebebasan transeksual gender dan HIMPUN akan serahkan 10 resolusi kepada DYMM Agung selepas pertabalan tuanku pada eleven Apr 2012 meliputi salah satu isu kuat kuasa akta murtad.

Program ini dapat sambutan menggalakkan dan berjalan dengan penuh semangat. Sering diiringi oleh laungan takbir bila penceramah sentuh isu memperjuangkan kesucian Islam. Dikesan wujud kehadiran di kalangan ahli dan penyokong PAS. Kalangan reaksi mereka yang hadir rata-rata beri komen positif terhadap perjalanan program yang dilihat penting untuk pertahan kesucian agama Islam.

Pada sebelam malam nanti Dato Hassan Ali dijangka akan berceramah di Kemaman pula. Nampaknya ahli PAS sendiri joke dah mula join HIMPUN. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ahli PAS lebih berakal dari sesetengah pemimpin PAS yang nampak akan kebenaran tapi buat-buat tak nampak!

No comments: