GEMPAR!!! PEJABAT MENTERI BESAR KEDAH DILETUPKAN!

Azizan Abdul Razak terus dibelasah dari segenap arah oleh para pemimpin PAS Kedah sendiri. 28 Februari semakin mendekat. Namun kemelut di Pejabat Menteri Besar Kedah belum memperlihatkan tanda-tanda akan reda.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang cuba meredakan kemelut tersebut dengan menyatakan bahawa segala yang berlaku di Kedah, bukanlah perkara besar. Penafian masih cuba dilakukan sekalipun penafian berkenaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah menambahkan lagi lawak dalam PAS Kedah.

Dua orang yang terlibat dalam kemelut di Kedah iaitu Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, masih lagi cuba bermain acilut. Phahrolrazi yang merupakan Exco Kanan Kedah, telah mengeluarkan semua barangannya dari pejabatnya sebagai protes kepada kepimpinan Azizan Abdul Razak. Manakala Ismail Salleh yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, turut mengambil tindakan yang serupa.

Phahrolrazi Zawawi awal-awal lagi memang merupakan orang penting dalam mendalangi usaha menjatuhkan Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Phahrolrazi yang merupakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerjaraya, Air dan Tenaga Negeri dilihat sudah tidak sabar-sabar untuk menggulingkan Azizan Abdul Razak.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Phahrolrazi bagi menimbulkan imej negatif terhadap Azizan Abdul Razak dan kepimpinan Menteri Besar Kedah itu. Antara usaha yanga dilakukan oleh Phahrolrazi adalah membiakkan lebih banyak pusat-pusat hiburan dan persundalan. Pembiakan pusat-pusat persundalan dan hiburan di seluruh Kedah, berada di bawah kuasa Phahrolrazi yang bukan setakat memakan komisyen berikutan kewujudan pusat-pusat persundalan tersebut tetapi juga mampu memberikan tekanan kepada Azizan Abdul Razak.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

No comments: