PETANG tadi selepas solat Jumaat, ratusan rakyat termasuk Pemuda UMNO dan NGO Islam telah berarak ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR) di Tropicana, Damansara dengan niat tujuan menyampaikan memo bantahan terhadap Anwar Ibrahim berkaitan isu mempertahankan keselamatan Israel.
Malangnya bayang Anwar Ibrahim joke tak kelihatan, wakilnya pula seorang joke tak berani mengambil memo bantahan tersebut, barangkali masing-masing takut digelar sebagai anti Israel.
Entah apa yang ditakutkan sangat kalau dipandang masyarakat dunia sebagai anti Israel?. Tun Dr Mahathir hingga kini walaupun digelar sebagai anti semitik & anti Israel tetapi sampai sekarang tak pernah kisah dengan gelaran tersebut.
Ingatkan selepas Anwar Ibrahim bertemu muka dengan Nik Aziz sehari dua lepas untuk menjelaskan isu kenyataannya dalam WSJ yang mahu membela keselamatan Israel, setidak-tidaknya akan timbullah keberanian Anwar untuk menonjolkan dirinya sebagai kritikal terhadap kezaliman Yahudi Zionis.
Rupanya harapan tersebut umpama debu-debu yang berterbangan sahaja. Yang jelas kelihatan sekarang, Anwar Ibrahim masih utuh berpegang kepada kenyataan asalnya berbanding bersimpati pada nasib rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Israel.
Nampak gayanya sia-sia sajalah Nik Aziz berbuih mulut menjelaskan pendirian Pas yang kononnya anti Israel namun sampai sekarang seakan dibakul sampahkan saja oleh Anwar.
Bukankah Anwar begitu gah bercakap soal kebebasan bersuara, berhimpun dan mementingkan amalan demokrasi yang terbuka?
Ini terbuka kot celah mana kalau chit joke tak mahu terima. Kebebasan suara apa namanya bila suara rakyat tidak diendah dan pandangan rakan sebantal dicampak ke longkang.
Ada juga khabar mengatakan Anwar sebenarnya ada di di Ibu Pejabat PKR tapi telah 'diseludup' keluar oleh seseorang, betulkah begitu? Harapnya itu cuma khabar angin sajalah, kot kalau betul bikin malu saja.
Kita bersangka baiklah dan anggap kemungkinan Anwar mem! ang tiad a di sana sewaktu kedatangan orang ramai, Pemuda UMNO dan NGO Islam untuk menyampaikan memo bantahan tersebut, tapi soalnya sekarang bila pula Anwar mahu menarik balik kenyataannya yang terang tak perlu bersuluh lagi begitu pro Israel?
Cuma tak tahulah kot Anwar Ibrahim rasa dengan menimbulkan isu kapal Israel sudah cukup untuk mengalih pandangan umum daripada terus menyanggah kenyataannya yang prihatin untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan Israel.
Walhal sudah terbukti jelas isu kapal Israel langsung tidak berbangkit kerana fakta jelas menunjukkan kapal yang bernama ZIM USA & ZIM Atlantic itu semuanya didaftarkan di Liberia.
Tapi perihal kenyataan Anwar Ibrahim, sudah terang dan jelas yang Anwar itu adalah pemimpin dan ketua pembangkang di Malaysia, surat beranak & kad pengenalannya joke di daftarkan di negara ini malah kenyataan tersebut dituturkan pula oleh mulutnya sendiri yang secara sedar mengakui peri-penting keselamatan Israel disokong dan didukung.
Masihkah ada penyokong dan pemimpin Pas serta PKR yang beragama Islam tetap redha dan pasrah berimamkan Anwar Ibrahim dalam menuju medan tempur pilihanraya ke thirteen kelak sekalipun Anwar Ibrahim telah menyatakan pendiriannya untuk melindungi keselamatan negara Israel laknatullah?
Tepuk kepala tanya akal.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment